Tuesday, June 11, 2013

Terkurung Di Dalam Toilet

Semalam merupakan hari yang malang buatku.
Aku telah terkurung di dalam ruangan toilet di office.
Pintu masuk utama ke toilet tidak boleh dibuka dari dalam.
Sebelum masuk ke toilet aku telah menekan tombol pintu berkenaan dan kebiasaannya boleh dibuka dari dalam tetapi semalam ia tidak boleh dibuka.
Hampir 30 minit aku terkurung di dalam toilet, dahlah aku puasa....
(penat rasanya.....)
(Pintu yang terkunci ini merupakan pintu utama masuk ke ruangan toilet)

Officemate yang mencari aku telah tahu aku terkurung di dalam toilet dan apalagi proses untuk membuka tombol pintu mengambil masa hampir 15 
minit.
Akhirnya tombol pintu berkenaan terpaksa dipecahkan seperti di dalam picture di bawah.
Pintu kayu toilet dan semua pintu di office aku telah ditempah mengikut design tukang kayu.  Tu ler pasal susah untuk memecah tombol berkenaan.
Nasib ler lepas ini uncle tukang kayu kena ler buat tombol baru yea.....


MP : My hubby ingatkan jangan kunci pintu lagi untuk masuk ke ruangan toilet.....huhu