Friday, June 28, 2013

Sejarah Yang Disembunyikan



Tolong sebarkan cerita ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini..

1508: Alfonso de AlBURQAQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 kapal, 15,300 (anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara... akhirnya dapat juga menawan Melaka
setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P. Pinang yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan P. Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar ketiga2 negeri untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.

Seminggu selepas Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso.

Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.

Perisik: Selamat pagi tuan. Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan P. Pinang. Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu Hang... Antaranya Hang sihat ka, Hang buat apa, Hang apa habaq, Hang lagu mana, Hang pi mana, Hang tidoq ka, Hang dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi Hang ada kat sana...

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu Hang kat situ...

Hang ok ka? Huhu


Sumber : Facebook

MP : Mood nak prepare pergi Port Dickson esok...tak sabar rasanya....

Thursday, June 27, 2013

Jonker Walk Ditutup?

"Sekarang sedang heboh diperkatakan mengenai penutupan Jonker Walk di Bandar Melaka.  Untuk makluman, kita mendapat satu kekhilafan berita yang yang tidak telus.  Sebenarnya bukan penutupan 'Jonker Walk' tetapi laluan di Jonker Walk dibuka untuk kenderaan pada hari Sabtu dan Ahad.  Kekhilafan berita ini mengemparkan peniaga-peniaga di Jonker Walk dan menimbulkan sentimen perkauman."
Jonker Walk merupakan satu tempat tarikan pelancong dan pada setiap hujung minggu keadaan dan suasana di Jonker Walk pastinya sesak dengan kunjungan pelancong dan ratusan peniaga di sana.



MELAKA 26 Jun - Akhbar berbahasa Cina di negeri ini diminta lebih telus dan tidak menyiarkan berita yang tidak benar kerana ia boleh menimbulkan sentimen perkauman.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, penyiaran berita mengenai keputusan kerajaan negeri mengarahkan perniagaan di kaki lima Jonker Walk yang menjual pelbagai cenderamata ditutup adalah tidak benar sama sekali.
Menurutnya, mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 12 Jun lalu tidak pernah membuat sebarang keputusan mengarahkan Jonker Walk yang menjadi pusat tumpuan pelancong ditutup.
''Apa yang kita putuskan ialah jalan di Jonker Walk yang sebelum ini ditutup pada setiap hari Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas berikutan rungutan orang ramai akibat kesesakan teruk di sekitar Bandar Hilir pada setiap hujung minggu.
''Malah dalam beberapa sidang akhbar yang dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Idris Haron ketika menjawab soalan daripada wartawan akhbar Cina, beliau menjelaskan hanya jalan di Jonker Walk yang dulunya ditutup dibuka semula dan bukannya mengarahkan Jonker Walk ditutup.
''Mungkin ada kalangan wartawan akhbar ini tidak faham atau menyalahtafsir kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri berhubung isu tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kekeliruan yang disiarkan oleh beberapa akhbar berbahasa Cina di negeri ini apabila memetik Idris berkata, kerajaan negeri pada mesyuarat Exco kerajaan negeri 12 Jun lalu, membuat keputusan menutup aktiviti perniagaan di kaki lima Jonker Walk.
Ekoran kenyataan itu juga, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Chin Choong Seong mendakwa penutupan pasar Jonker Walk merupakan 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Sehubungan itu, Latiff meminta akhbar berbahasa Cina agar lebih telus dan jujur dalam menyiarkan berita supaya ia tidak menimbulkan salah tanggap masyarakat terhadap kerajaan negeri.
Latiff menjelaskan keputusan yang diambil untuk membuka semula jalan yang ditutup sebelum ini di Jonker Walk bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang teruk berlaku setiap hujung minggu.
''Pihak akhbar harus lebih berhati-hati dalam menyiarkan berita agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah faham pihak-pihak tertentu," katanya.


Sumber

Picture : google

MP : Biarlah jujur menyiarkan berita di laman sosial @ di dada akhbar.....

Tuesday, June 25, 2013

Syura Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2


Juara  MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 menerima 2 tiket penerbangan pergi balik ke PARIS menaiki A380 Kelas Perniagaan dan hidangan pemenang akan dihidangkan di pesawat A380 Kelas Pertama!
Wow...memang kelas hadiah juara musim ke-2 kali ini....

Syura juga berjaya mengumpul RM60,500 kepada Breast Cancer Wellfare Association.

Photo: #MasterChefMY - Pemenangnya.. SYURA!
Photo: #MasterChefMY - Syura berjaya mengumpul RM60,500 kepada Breast Cancer Wellfare Association
Photo: #MasterChefMY - Pemanis Mulut daripada Syura
Desert daripada Syura
















Untuk lebih menarik jom klik Sumber  banyak story dan picture....
SEdih tengok Syura menangis di last episod mengenai kemenangannya sebagai Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2....

MP: Teruja tengok final masterchef kali ini hidang makanan di dalam fligt Airbus 380....

Jerebu: Sekolah Di Klang, Petaling Perdana & Manjung Ditutup Esok

jerebu
Gambar : Bernama

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup pada Rabu ekoran fenomena jerebu, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
Ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit pada 5 petang Selasa melebihi 250, katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, katanya, pengarah pelajaran negeri berkenaan diminta untuk memaklumkan penutupan sekolah di kawasan berkenaan.
"Penutupan sekolah yang terlibat hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa.
"Pihak Pengarah Pendidikan juga perlu memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan tentang bilangan sekolah dan murid yang terlibat ekoran penutupan tersebut," katanya.
Abd Ghafar berkata demi menjamin dan menjaga kesihatan murid, Kementerian Pendidikan bersetuju agar sekolah yang terlibat boleh ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 250 dan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada kementerian.
Namun sekiranya bacaan IPU melebihi 300, maka sekolah dalam kawasan berkenaan wajib ditutup tanpa perlu memohon kebenaran daripada kementerian, katanya. 
MP : Jerebu di Bandaraya Melaka masih lagi status tidak sihat....bacaan IPU '121' pada jam 5 petang tadi...

Simple But Awesome Giveaway! By NabilaMedan



Giveaway Terbaru Daripada NabilaMedan!!
Tamat Pada 1 Julai 2013
(Tekan Banner Untuk Sertai!)

MP : Jom Join

How To Wear A Face Mask And Not Look Funny

HAZE OR MIST
Which one do you prefer?









Sumber
MP : Look different IF YOU USE MASK


Monday, June 24, 2013

Perubahan Jadual Rancangan Di TV3

TV3 terus mendominasi kedudukan dengan melakukan perubahan jadual di channel TV3.
Di sebalik rombakan waktu siaran, beberapa program masih dikekalkan seperti asal.  Slot Lestary, Zehra, Mega Movie dan Cerekarama masih dikekalkan.
Tetapi pada malam ahad lepas bila tengok cerekarama habis awal aku tengok jam, ingat dah pukul 12 tengah malam, tetapi rupa-rupanya 'Majalah Tiga' telah ditukar siaran pada hari Isnin. Cerekarama citer best pulak Umi Aida berlakon. (tajuk kalau tak silap Aku Bukan Malaikat).
Untuk tahu dengan lebih lanjut jom klik kat sini sini.





Sumber

MP : Jarang tonton tv......

Keyword JEREBU Menjadi Popular


Keywords
Hits
kesan jerebu
37
kesan jerebu pada kesihatan
7
kesan jerebu kepada kesihatan
4
tanda-tanda jerebu
4
apakah petanda jerebu
2
apakah tanda jerebu akhir akhir ini
2
ceritamayapersada
2
doa untuk jerebu
2
jerebu di muar
2
topeng muka jerebu bertali
2
Total
64

Hari ini agak sibuk sikit maklum ler 'monday blues' so bila buka blog tengok kat nuffnang
keyword 'jerebu' menjadi carian popular di google.
Ini bermakna rakyat Malaysia semakin prihatin dan rasa nak ambil tahu akan kesan jerebu kepada kesihatan adalah amat penting.

Hari ini juga sekolah di Negeri Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kuantan, Port Dickson, Muar, Ledang, Batu Pahat, Segamat dan Kluang ditutup.
Pembukaan semula sekolah akan diberitahu dari semasa ke semasa.  Kita mesti mendengar berita dari pihak berkuasa mengenai informasi jerebu.

MP : masih mood jerebu....


PORT DICKSON CATAT IPU BERBAHAYA

Jerebu, Indonesia Cuba Nak Salahkan Malaysia?
Jerebu - Kredit picture

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytiharkan kawasan darurat semalam terus menunjukan perkembangan positif dengan bacaan 148, setakat pukul 7 pagi Isnin berbanding bacaan 507 yang direkodkan, pada 4 petang Ahad.

Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar hanya satu kawasan dikategorikan sebagai berbahaya iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 335.

Sementara itu dua kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu masing-masing di Bukit Rambai, Melaka, 260 dan di Kemaman, Terengganu, 249.

Sebanyak 19 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 28 sederhana dan satu lagi dikategorikan baik.

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.


Sumber -- BERNAMA
MP : Mood jerebu...mata kian pedih...semoga jerebu cepat berlalu, minggu ini nak ke PD.....

Sunday, June 23, 2013

JEREBU, Najib Isytihar Darurat Di Muar & Ledang

Pergerakan angin yang membawa jerebu ke Semenanjung

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini

Menurut Berita Terkini di TV3 sebentar tadi bacaan IPU di Bandar Melaka sebanyak 406 dan 454 di Bukit Rambai.

MP : Pakai mask, baru jer beli mask di farmasi tadi harga untuk kanak-kanak RM 0.80 sekeping dan dewasa yang bertali RM 1.00 manakala tidak bertali RM 0.50.

Picture kredit : facebook

Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

MP : Jom join....klik banner di atas

Saturday, June 22, 2013

Segmen Doodle Comel by Fizgraphic



Nick name : mayapersada
Warna baju : biru dan tudung putih

Saya tag :  farah & blog fyna

MP : Jom join segmen, klik banner di atas.... 

Thursday, June 20, 2013

Topeng Muka Elak Jerebu

Bacaan indeks IPU di Bandar Melaka setakat jam 5 petang tadi iaitu 150.
Oleh demikian keadaan jerebu yang semakin parah aku terpaksa memakai topeng muka macam gambar di bawah bagi mengelakkan kepedihan mata dan nafas yang semakin semput ini.
Boleh aku guna topeng muka ini. ....hehe lawak jer ler...

Photo: Kalau jerebu makin teruk, kena pakai macam ni le kita nak kuar rumah pun....

Gambar : Sumber

MP : Mata makin pedih....

Segmen : 4 jam Blog Paly



Jom join segmen paling ohsem dari Blog Paly....Klik Banner tu...

MP : Support blogger semua......


MADAH



Sumber

MP : Mood berjerebu...pakai mask

Wednesday, June 19, 2013

JEREBU - Larangan Pembakaran Terbuka Di Selangor, Melaka, Johor

Suasana di Bandar Melaka pada hari ini dalam keadaan tidak sihat dengan cuaca yang berjerebu.  Buka sahaja pintu rumah pagi tadi terasa macam bau terbakar dan kelihatan habuk putih di luar rumah termasuk kereta yang di parking di luar ada kesan habuk.
Indeks IPU yang tidak sihat menyebabkan orang ramai mudah menerima batuk dan demam.  Anak-anak aku pun dah batuk-batuk semenjak jerebu dari hari ahad lepas.
Untuk mengatasinya kita kurangkan aktiviti di luar rumah dan banyak minum air kosong.

Bacaan IPU dalam pukul 4 petang tadi
Oleh yang demikian menuru BERNAMA, Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Rabu mengisytiharkan seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuatkuasa serta merta.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan berkata larangan mengikut Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 itu, berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun, katanya, larangan berkenaan tidak melibatkan pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar.

"Mereka yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Halimah berkata kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Ketiga-tiga negeri tersebut sedang menghadapi masalah jerebu ekoran kebakaran hutan di negara jiran.

Halimah meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menghubungi JAS di talian 03-88891972 atau 1-800-88-2727 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 03-88880336, jika mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan mereka.


Sumber

MP :  Sesak nafas cuaca jerebu nie......

Kisah Sepasang But Lusuh

Sebelum baca kisah sedih ini sila sediakan tisu dulu yea....sedih sangat bagi yang mengalami dan memahaminya.....




Kisahnya berlaku lama dulu..ketika tu admin masih kecil..masih bermain perang-perang dan combat menggunakan senapang kayu berpelurukan buah terung pipit.  Setiap hari..admin duduk di tepi jalan depan rumah admin..menunggu ketibaan konvoi 3 tan membawa anggota-anggota tentera kita menuju kawasan operasi..maklumlah..masa tu..PLUS belum ada. Satu lagi hobi admin masa tu..bergayut di pagar pengkalan TUDM Butterworth..menyaksikan kehebatan pesawat-pesawat juang dan si Nuri yang kelihatan begitu gah. Kemain tertanam cita-cita nak jadi askar dan pilot masa tu...

Antara kawan baik admin masa tu..adalah seorang lelaki tua dipanggil Pak Wan. Orangnya berbadan agak tembam..rambutnya sudah memutih. Wajahnya sentiasa sejuk dan tenang..dibarisi kedut-kedut yang menandakan usianya.Pak Wan ni baik orangnya..cukup suka dengan budak-budak..dan sangat sabar melayan kerenah admin yang agak nakal.  Dia tinggal berdua dengan isterinya..yang berusia hampir sebaya dengannya.  Rumah mereka hanyalah sebuah pondok kecil..bak kata orang..tolak dengan jari pun rebah.

Sekali tengok..tak ada apa yang menarik tentang lelaki tua ini.  Namun..banyak harta yang diwarisinya..iaitu harta dalam bentuk kenangan dan pengalaman.  Dia pernah melalui zaman british..zaman Jepun...malah zaman komunis memuncak keganasannya.  Banyak kisah-kisah yang diceritakannya pada admin yang menemankan hingga admin terlelap di tempat lepak kami..sebuah pangkin di bawah rimbunan pohon ubi gajah di tepi jalan tu.  Bila ada trak 3 tan lalu...dia akan turut melamba-lambai memberikan semangat pada anggota-anggota yang berada di atasnya..sambil tergelak kecil melihat kami mengejar trak-trak itu..

Pak wan dan isterinya cuma dikurniakan 2 orang anak...dan anak-anak lelakinya itu adalah manusia-manusia yang cukup membanggakan. seorang bertugas sebagai crew pesawat Nuri di kem sg besi..seorang lagi anggota Infantri.  Admin tak ingat di kem mana.  Bagi dirinya..sungguh tinggi kebanggaannya menyaksikan anak-anaknya menjadi manusia berguna sebegitu.  Bila anak-anaknya tak dapat balik bercuti..dia tak kisah..malah selalu dia kata pada admin..tanah ini adalah ibu kita..dan pada dia patut kita lebih utamakan taat setia.  Dia telah terlalu banyak makan garam.  Dia lebih dari tahu dan faham erti perjuangan..Dan dia menyaksikan seribu kesengsaraan yang dilalui anak bangsanya..maka dia tahu perit dan jerih itu ada harganya..sebagai timbal balas kepada kebebasan yang dikecapi anak cucunya...

Anak-anak Pak Wan..meski duduk jauh dari dia dan isteri..tak pernah lupa mengirimkan duit setiap bulan.  Pernah satu ketika..pondok kecil itu dimasuki pencuri, habis duit itu dikebas..sebab Pak Wan cuma simpan di bawah tikar buruk, dekat RM10 ribu...kalau orang lain..dah bunuh diri rasanya akibat kecewa.  Tetapi Pak Wan hanya berlapang dada..duit katanya..boleh dicari.  Rezeki itu hak Allah..dari mana Dia hantar..dan dari mana Dia ambil..itu hak Dia..dan kata-kata itu admin pegang sampai sekarang...

Tak pernah admin tengok Pak Wan bersedih..kecuali bermula satu hari tu...dia tak ke pangkin buruk kami..jadi admin ke rumahnya yang terletak di sekitar semak di tepi jalan tu.  Buat pertama kali admin dihidangkan dengan satu pemandangan yang meruntun hati sampai sekarang....walaupun masa tu admin tak faham apa-apa lagi.

Pak Wan tersandar di bingkai pintu..wajahnya yang berkerut seribu dibarisi kesan airmata yang berjurai...ditangannya..sepasang but lusuh yg dipeluk cium berulangkali.  Isterinya pula di pintu dapur..sebelah lutut menopang dagunya..wajahnya kelihatan sugul sama sekali.  Tak pernah admin tengok mereka berdua begitu..dan admin hanya mampu duduk di sebelahnya..memegang tangannya..sambil bertanya perlahan..napa tok wan?

Dan soalan itu membuatkan lebih banyak airmatanya jatuh...

Hanya beberapa hari lepas tu baru admin tau kisahnya...rupanya..anak lelakinya yg bertugas sebagai anggota infantri tu terlibat dalam kemalangan..meninggal di tempat kejadian.  Anak bongsu lelaki pulak tu..belum pun sempat kahwin...

Bagi kita..ia perkara biasa..tapi peristiwa itu benar-benar memberi kesan kepada Pak wan dan isteri.  Sudahlah anaknya hanya 2 tu saja.....Pergi pula pada usia muda.....ditambah dengan hakikat mereka jarang bersua kerana tugas masing-masing pada negara...jadi pulak pekara sebegitu rupa...but lusuh itulah yang dipeluk Pak Wan sepanjang masa..but itu adalah antara tinggalan arwah anaknya..yang bg Pak wan..sangat memberikan erti...

Makan hati..selang beberapa bulan..arwah isteri Pak wan dipanggil Ilahi..kerinduannya pada anaknya yang tak terbatas..buatkan dia hilang semangat untuk meneruskan hidup..tinggallah Pak Wan seorang diri...kemana dia pergi..but tersebut dan sehelai kain batik isterinya jadi peneman...

Admin berpindah dari situ tak lama lepas tu..dan kali terakhir admin dengar berita tentang Pak wan..dia meninggal lebih kurang 2 tahun lepas tu..selepas sempat bertemu anaknya yang kerja Airforce tu buat kali terakhir.  Namun sampai sekarang..admin masih ingat kata-katanya..katanya..dia sedih sangat..sebab anaknya gugur dalam keadaan begitu di usia muda...dia tak ralat sangat kalau anaknya gugur di medan juang..sebab sejak kecil..itulah yang diinginkan sangat anak lelakinya itu, gugur sebagai perwira negara..tapi takdir menetapkan..dia gugur di jalanraya...hati kecilnya sedih..kerana harapan anaknya tidak tertunai...

Dari arwah Pak Wan..admin banyak belajar..kisah dan erti hidup serta kasih sayang...kasih bukan hanya pada diri sendiri..tapi menjangkaui lebih dari itu..ironinya..kita pada hari ini..kenal lagikah erti kasih sebegitu?..


Sumber : Facebook The RealBlackDaggers

MP : Sedih.....

Wordless Wednesday #14



MP : Sumber

Tuesday, June 18, 2013

AYAT CINTA YANG PUITIS




Cinta dalam hati tetiba berbaur resah gelisah. Terasa diri cuba dikhianati cinta yang kian pudar. Adakah kegelisahan ini kerana peristiwa semalam? Mungkinkah cinta yang sudah bertaut sekian lama mula mahu merenggangkan ikatan? Terpaksakah pasrah dengan segalanya? Atau perlu diperjuangkan untuk mengukuh apa yang mula ingin terlerai?



SUMBER

MP : Picture from google