Tuesday, September 13, 2016

Bila Diberi Peluang.....

Assalamualaikum........

Salam Aidiladha dan Selamat Hari Raya Haji...Ibadat korban masih lagi kedengaran....
Tadi aku dapat video dari whatsapp group mengenai lembu korban yang terlepas kat Masjid Mindef. Tapi setelah setengah jam ia dapat ditangkap semula...hihi
Macam-macam cerita mengenai sambutan Hari Raya Korban tahun ini...

Kali ini aku nak cerita mengenai review website....
First time aku dapat job review website.  So far tak pernah lagi.  Setelah berbalas email akhirnya aku setuju...Ini satu pengalaman baru dan website ini agak menarik. (nanti aku cerita di review)  Apa salahnya kita cubakan...Bila diberi kepercayaan yang tinggi dan harapan semestinya aku tak sampai hati nak menghampakan kepercayaan yang diberi.  Setelah fikir masak-masak aku kira on jer ler...(walaupun kekangan masa yang padat dan kesihatan yang tak mengizinkan...)

sumber: google
Tapi nak cerita jugak review ini tanpa bayaran.  "Ianya bukanlah paid review tetapi apa yang kami mampu tawarkan adalah review daripada Puan akan kami masukkan ke dalam Blog di dalam laman web kami di mana ke semuanya akan kami credit/attribute kepada pihak Puan beserta pautan kepada Blog Puan."  Itu antara balasan email yang saya terima dari pemilik laman web tersebut.

Hari ini kita tolong orang...Insya-Allah di masa hadapan orang tolong kita pula......
Dalam masa terdekat saya akan cuba publish review website tersebut....Insya-Allah....


MP :  Jika Diberi Peluang.......