Posts

Showing posts from March, 2016

4 Petua Komunikasi Berkesan Untuk Anak-Anak

Image
1. Komunikasi mestilah dua hala. Apabila komunikasi kita perlu pastikan ia berlaku secara dua hala dan bukannya satu hala sahaja. Sebab itulah pastikan anak-anak dalam keadaan bersedia bagi menerima apa yang mahu disampaikan. Semak sama ada apa yang disampaikan itu difahami atau sebaliknya. Minta anak-anak ulang semula apa yang disampaikan oleh kita kepada mereka. Makna komunikasi ialah tindak balas yang kita terima. Jika tindak balasnya tidak seperti apa yang kita mahukan bermakna ada sesuatu yang silap dalam komunikasi kita dengan anak-anak.