Pengalaman Latihan Bola Jaring Di Bulan Puasa Bersama Olahragawati Datuk Zaiton Othman
Assalammualaikum dan salam sejahtera....
Memory ni recall iaitu masa saya di form 3 pada tahun 1980an. Masa tu latihan bola jaring dengan team dilakukan bersama jaguh olahragawati Datuk Zaiton Othman. Beliau merupakan ‘wanita besi’ dan pemegang rekod kebangsaan acara heptathlon ketika beraksi pada Sukan SEA Manila 1981.
Masa tu saya tak tahu ler kenapa coach kita orang ni memanggil beliau bersama untuk latihan bola jaring (tetapi rasanya mereka berkawan baik kot). Tetapi keterujaan tu tetap ada. Latihan bola jaring ni untuk peringkat daerah/kawasan/negeri so latihannya memang agak lasak dan fit.
Tamat jer waktu sekolah jam 3 petang team bola jaring dah masuk padang untuk latihan. Sebagai shooter (GS,GA) saya kena mengangkat dan memasukkan bola bergetah berat tu beratus kali ke jaring gol. Tak tahu ler berapa kilo berat bola tu. Naik lenguh lengan ni. Bola bergetah ni bukannya bola yang digunakan masa game tetapi ia digunakan semasa latihan sahaja.
Tetapi sebelum latihan kena warm up badan dulu supaya tak semput dan cramp so larian padang entah beberapa kali wajib dilakukan. Latihan kuatkan kaki dan tangan pun tak kurang penatnya. Untuk latihan tangan, bola getah tadi kita akan passing antara satu sama lain, di sini kecekapan menangkap bola amat penting supaya bola melekap di tangan (macam spiderman tu) dan tak drop ball.
Walaupun latihan yang dilakukan agak lasak dan memenatkan tetapi amalan berpuasa tetap diteruskan tanpa ponteng. Pengalaman menjalani latihan bola jaring bersama team dan coach
hebat
serta Datuk Zaiton Othman merupakan pengalaman yang mahal dan segar dalam ingatan.Begitulah...
Comments
Post a Comment