Monday, September 24, 2012

LESEN MEMANDU

Opppsss....siapa tak der lesen memandu cuba angkat tangan....JANGAN angkat kaki ( tapi kalau nak angkat ada aku kisah...)
Kalau dah tak der lesen memandu tu cepat-cepat ler pergi kelas memandu...susah sangat ker??? oppss belum cukup umur...? Salah siapa kalau memandu tiada lesen dan di bawah umur lagi... Nak salahkan diri sendiri yang berani mengambil kunci kenderaan (kereta @ motor), salahkan mak bapak yang mengizinkan anak membawa kenderaan @ salahkan pengkuatkuasa (JPJ @ PDRM ) bila kena tahan...hu hu hu....
Abang-abang polis trafik yang hensem.....
Bila dah kena tahan dengan JPJ @ PDRM berbudi bahasa ler sikit minta maaf, jangan kurang ajar dengan pengkuatkuasa...ini tidak bebudak zaman sekarang (dapat yang pelajar sekolah) biadap dengan pengkuatkuasa, so kalau kenderaan dah kena sita (tak der lesen memandu) nak salahkan siapa (kesian mak bapak malu dan sedih)..... Bebudak zaman sekarang berani langgar undang-undang...kalau takut kena tahan jangan ler buat...(iye tak)
Amik ' Lesen L ' dulu yer......