SAMBAL JAWA
Minggu nie aku asyik tefikir bila nak buat sambal goreng jawa. Semalam selepas balik keje aku singgah di pasar mini nak beli belacan, belacan perlu ada untuk buat sambal jawa kalau tak der tak sedap ler rasanya.
Inilah caraku....
Bahan-bahannya:-
sedikit belacan
3 ulas cili merah
8 ulas cili padi
1 ulas bawang besar ( bawang merah pun boleh )
1 ulas bawang putih
1 biji tomato
(potong semua bahan di atas) @ blender (terpulang ler...)
garam, gula, minyak
Cara-caranya :- Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menggoreng.
Masukkan cili merah,cili padi goreng sehingga garing.
Selepas tu masukkan bawang besar, bawang putih dan belacan, goreng lagi sehinnga mesra (sebati ler).
Masukkan tomato last sekali masukkan garam dan gula (rasa ikut cara masing-masing) Dah siap.....senangkan....
Sambal jawa enak dimakan dengan nasi panas-panas bersama tempe..pergghhh sodap.....
Salam kenal...
ReplyDeleteWah! baru kenal dah dapat resepi..
bila2 malas nak makan apa-apa (ikan/daging/ayam)
elok jugak masak begini...
terima kaseh....
yer ler berselera makan dengan resepi sebegini....
ReplyDeletebestnya sambal jawa... done follow u - Noob
ReplyDeleteTQ...
Deletedatang baca resepi sambil follow sekali..
ReplyDeletetry ler...tq
ReplyDelete