Posts

Showing posts from November, 2012

KEK STRAWBERRY SIAPA NI...?

Image
Ohsem....kek strawberry siapa nie.....??? Jeng-jeng nie ler kek birthday mama, ayah bagi....ermmm... (kek jer...bersyukur) P/s : sedap kek...manis...perisa strawberry nie confirm my son yang choose...like flavour....

My Birthday.......

Image
Dear sukma... Best wishes from horoscopofree!!! From all the Staff of horoscopofree My hubby said "selamat hari jadi sayang"....... Tq for wish my birthday today....

PISANG KAKI @ PERSIMMON FRUIT

Image
PISANG KAKI @ PERSIMMON FRUIT....Buah nie mungkin aku pernah tengok di shopping mall tetapi rasanya macam tak menarik nak tahu apa nama buah nie.....Sehinggalah pada suatu hari kawanku menunjukkan buah tersebut di office dan memberi aku rasa sedikit...rasanya macam manis sikit...tapi aku tak tahu rasa sebenar nie... (rasa sikit jer) Kawanku berbangsa Tionghua tak tahu namanya di dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Cina dia tahu. Ini buahnya macam sedap jer.... Hari ini aku telah terserempak di blog kujie2.com baru lah aku cuba google dan tahu nama sebenarnya ialah pisang kaki... Ini Pokok pisang kaki Jepun..... Buah pisang kaki nie macam buah tomato bulatnya dan kulitnya pun seakan-akan tomato gak...rasanya aku belum pernah rasa betul lagi...nanti ler aku cuba cari nak rasa.... (dah bertahun hidup pun tak tahu nama buah nie...kesian kan....) Buah pisang kaki dengar banyak khasiatnya...google ler sendiri yea.... P/s : Picture from cik google.....

APEK MENAFIKAN KEKALAHAN BOLA SEPAK DISEBABKAN PERSIAPAN PERKAHWINANNYA

Image
Rata-rata di dada akhbar dan bloggers masih lagi menceritakan kisah aib kekalahan bola sepak     Piala AFF SUZUKI 2012 d engan Singapura. Kekalahan sebanyak 0 - 3 kepada Singapura menjadi titik tolak kepada cakap-cakap peminat mengenai prestasi team bola sepak dengan jurulatih Datuk K. Rajagopal. Termasuk kata-kata sinis terhadap penjaga gawang team bola sepak Khairul Fahmi Che Mat (APEK) yang menyatakan kekalahan disebabkan persiapan perkahwinan beliau dengan Leuniey. Dalam Kosmo hari ini   Apek mengakui kekalahan disebabkan beliau tetapi tiada kena mengena dengan persiapan perkahwinan beliau yang dijangkakan pada 28/12/2012. Persiapan perkahwinan beliau setaraf dengan selebriti terkenal. Apa pun alasannya semoga team Harimau Malaya kita mendapat kemenangan dengan Laos pada hari Rabu ini.

SEGMEN BLOGLIST DISEMBER PAPA BLOGGER

Image
Inilah satu-satunya segmen bersama blogger yang pertama kali aku join. Actually blog aku dah lama wujud tapi semenjak dua menjak nie baru jer aktif coz terlampau banyak idea kot...he he he... Sebab apa aku join segmen nie ek? Tentu ler untuk aku lebih mengenali sesama blogger bagi mengeratkan tali silaturrahim dan tali persahabatan...betul tak...? All the readers sila ler join sekali ramai bloggers yang dah join..Cuba klik kat papa blogger...ok...ahakkss....

12 BUAH LAGU LAYAK KE ANUGERAH JUARA LAGU KE 27

Image
HOOOORAAAYYYYY.......MY FAVOURITE SONG TEMAN PENGGANTI LAYAK KE AJL27..... Akhirnya debaran siapakah pemilik gelaran lagu yang  terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL27) sudah bermula dengan pengumuman 12 buah lagu yang layak bertanding. Pada separuh akhir ketiga Muzik Muzik ke 27 yang bersiaran langsung malam tadi dari Sri Pentas 2, Shah Alam sebanyak 8 buah lagu lagi dipersembahkan untuk merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu ke 27 yang akan berlangsung pada 6 Januari 2013. The favourite songs Ombak Rindu, Patah Seribu & Teman Pengganti menjadi antara calon  favourite  para peminat muzik tanah air yang telah layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 27 bersama sembilan buah lagu lain. Hafiz Suip menjadi satu satunya penyanyi yang bakal membawakan dua buah lagu pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu nanti dengan berbekalkan Ku Akui & Ombak Rindu bersama pasangan, Adira. 01.  Idola  (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan 02.  Pelangi Senja  (St

SERAH DIRI KERANA SAIFUL APEK

Image
BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai. Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu. Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang. Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit. EDAR...Saiful mengedarkan risalah pencegahan jenayah yang ditandatanganinya kepada pengguna jalan raya ketika Ops Bayan, Khamis lalu. Peminat nie memang fanatik Saiful Apek rupanya..

Main Bowling Di Seremban Parade

Image
Tatapan kali nie.... Hari tu masa pergi hantar anak aku di Kem Rasah, aku pergi merayau di bandar Seremban. Pusing-pusing bandar Seremban yang jalannya one way...kalau dah terlepas tempat yang kita nak tuju kita kena pusing dan pusing lagi jalan raya di Seremban dan baru ler dapat cari tempat yang kita nak tuju tu. Aku sebenarnya tak familiar dengan bandar Seremban nie..aku cari tempat lepak dan terjumpa ler Seremban Parade nie..Sampai jer terus aku breakfast di kedai mamak kat luar Shopping mall nie..Then aku merayau dari satu tingkat ke satu tingkat, di sini ada Parkson kebetulan tarikh aku pergi ada offer giler punya..tapi handbag aku tak kembung so window shopping jer ler... Selesai solat zuhur di tingkat 3 Seremban Parade aku terus gi isi perut dulu di food court di tingkat berapa entah dah kenyang aku gi main bowling sorang-sorang. Sampai di sana ramai gak bowlers, aku booking untuk 2 game....Dah lama tak main semenjak aku beranak kecik nie, bola bowling pun dah lama tak

Aaron Aziz & Nora Danish Tepati Ramalan Di Malam Shout Awards 2012

Image
Ramalan siapa? Ramalan anda semua akan dua kategori yang kami paling peduli. Ya, kami mengamalkan diskriminasi untuk kategori di malam Shout Awards 2012. Heh. Aaron Aziz berjaya membawa pulang Hot Guy Award dan Nora Danish berjaya bergelar Hot Chick selepas berakhirnya majlis anugerah yang berlangsung di Sunway Lagoon itu. Penyanyi kesayangan ramai, Yuna berjaya membawa pulang dua anugerah malam tadi iaitu Popstar Award & Wired Celebrity Award menerusi akaun Twitter rasmi beliau. Zizan Razak juga mengetuai senarai pemenang dengan dua anugerah — Favourite TV Personality Award & Best On Screen Chemistry Award bersama Johan Raja Lawak. Penyanyi yang semakin di’hargai, Shila Amzah terus memungut anugerah di negara sendiri dengan menggondol Power Vocal Award. Siapa boleh sangkal kemenangan beliau? Senarai penuh pemenang boleh anda lihat di  laman rasmi Shout Awards 2012  — dan berikut adalah gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang majlis berlangsung. Enjoice!

Aaron Dan Rita Rudaini Tiada Masalah

Image
Aaron, Rita tiada masalah Benarkah Aaron Aziz dilarang berlakon dengan Rita Rudaini? Itulah khabar yang bertiup kencang dan semakin menjadi perbualan di kalangan media.   Berdasarkan gosip yang tersebar, larangan itu kononnya dikeluarkan pengurus pelakon terbabit yang juga isterinya, Diyana Halik, atas alasan cemburu.  Pada awalnya, cerita itu hanyalah dianggap cerita yang sengaja diada-adakan pihak tidak bertanggungjawab. Namun semakin didiamkan, semakin hangat cerita itu diperkatakan seolah-olah ia benar-benar berlaku. Apatah lagi sejak kebelakangan ini, tiada sebarang drama atau telefilem yang menggandingkan dua pelakon terbabit.  Bertemu Aaron ketika dia menghadiri sidang media Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, kelmarin, memberi peluang kepada HIP bertanyakan kesahihan gosip berkenaan. Sambil mengucap panjang, Bintang Paling Popular ABPBH 2011 ini menafikan sekeras-kerasnya cerita itu.  Sepanjang bergelar pelakon, belum pernah saya meletakkan sebarang syarat untuk tid

Shah Iskandar Sedia Temui Zain Saidin Isu Rebut Rozita Che Wan

Image
PETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar bersedia untuk bersemuka dengan aktor Zain Saidin bagi meleraikan salah faham berhubung isu “rebut” pelakon Rozita Che Wan. Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, bagaimanapun berkata, Zain ada hak untuk merasai perasaan kurang senang terhadap dia dan Rozita kerana mereka berdua sedang bergandingan dalam beberapa drama terbitan Zeel Production sejak dua bulan lalu. “Dia (Zain) ada hak untuk berasa kurang senang atau salah sangka dengan kemesraan saya bersama Che Ta (Rozita), walaupun saya tidak tahu status sebenar hubungan mereka, sama ada masih bersama atau sudah tiada apa-apa. “Saya tidak salahkan Zain pun malah, saya bersedia dan terbuka untuk bersemuka jika dia mahu mendapatkan penjelasan berhubung gosip ini. “Hakikatnya, hubungan saya dengan Che Ta pada masa ini hanya atas nama kerja dan profesional. Tiada apa-apa yang serius antara kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Kha

Pemilihan Perajurit Akhir Di Kem Rasah

Image
Letihnya tak hilang lagi sehingga hari nie.... Pagi-pagi dah bangun lepas subuh nak bertolak dari Melaka ke Kem Rasah di Seremban... (tak tahu lokasi kat ner) Kali ini training di Kem Rasah untuk pemilihan terakhir 2012. Anak aku yang bujang nie memang dah minat dia ke arah tu... (semoga perginya tak kembali lagi macam dulu..) Tepat jam 7.30 p.m aku telah sampai di hadapan Kem Rasah (Markas 1 Briged) rupa-rupanya kem nie dekat sangat dengan Hospital Tuanku Jaafar Seremban , ramai gak yang dah tiba di sana, cari parking and then masuk ke dalam kem (parent dibenarkan masuk, kalau di PUSASDA parent tak dibenarkan masuk) Ramai gak bebudak lelaki yang terpilih ke pemilihan kali ini... Jam 8.00 a.m ada lak kapten askar nie cakap pada parent @ waris supaya tak perlu tunggu, kalau nak tunggu gak duduk ler di surau di dalam kem dan rehat di sana. Tetapi aku tak, lepas tu aku terus g ke bandar Seremban (siap tanya MP kat mana nak pergi ke sana, maklum ler aku da

JENJALAN DI BUKIT TINGGI PAHANG

Image
Picture nie aku ambil dari Fb adik ipar aku...dia org selalu nau gi jenjalan.... (aku jer yg terperap dok umah jer) Picture nie cantik sangat, tu yg aku take advantage kat wall blog aku nie...amacam ok tak...? ( mesti ok....pemandangan so beautiful dan sejuk jer...byk picture tapi nie jer yg terpilih masuk dlm blog aku yop...) (ada terselit picture emak aku dan anak-anak buah yang the gediks..ahakksss...) Cuci-cucikan mata tengok picture nie....kay... (aku nie bila my husband nak bawa gi jenjalan nie...weiiiii...) ( oppsss...sok pagi-pagi nak gi Kem Rasah hantar anak bujang aku latihan pemilihan akhir di sana,,,masuk army le yerr...nanti aku story-mory...muaahhhh)

AIDA AF KEMALANGAN, TERTIDUR DALAM KERETA

Image
Aida AF Kemalangan, Tertidur dalam Kereta !  Selebriti yang meningkat naik melalui rancangan realiti Akademi Fantasia (AF), Aida atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat di beritakan telah mengalami kemalangan teruk di Lebuhraya Duke dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menurut Zuan dari rancangan Melodi, kemalangan ini berlaku apabila Aida yang baru sahaja habis menjalani penggambaran mahu menuju pulang ke rumah.  Difahamkan, Aida memandu kereta model Mazda seorang diri apabila dia secara tidak sengaja tertidur lalu kemalangan. Keretanya dikatakan berpusing sebanyak 3 kali sebelum melanggar pokok di tepi jalan. Namun, apa yang mengejutkan ialah selepas kemalangan berlaku, duit dan telefon bimbit model Samsung Tab Aida turut dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Aida kini dilaporkan dalam keadaan stabil di HKL dan masih menerima rawatan. Ahli keluarganya termasuk Fina turut dilihat hadir melawat di hospital Peringatan :

Diana Danielle Disahkan Hamil

Image
Wow! Cepatnya baru 16 hari melangsungkan pernikahan nampaknya rezeki Diana Danielle dan Farid Kamil bertambah murah apabila Diana disahkan telah mengandung. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Diana sendiri menerusi laman Twitter miliknya. Aktres jelita ini turut memuat naik sekeping foto dengan caption berbunyi “The most precious birthday present, thanks Allah SWT” Pasangan ini telah selamat bernikah pada 3 November lalu di Hotel Flamingo, Ampang. Sumber : Oh Bulan

4 TANDA HIDUP TAK BERKAT

Image
Terlalu banyak perkara yang kita cari di dunia ini tetapi adakah apa yang kita cari itu berkat dan dilimpahi dari yang maha esa.....Sama-samalah kita berkongsi manfaat dariNya semoga kita hidup di dunia ini disempurnakan dengan satu penghidupan hakiki yang berkat dan bersyukur terhadap apa yang ada pada diri kita....AMINNNN.... 1. Duit banyak, tapi cepat jer habis. Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain. 2. Buat kerja, tak siap. Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan. 3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat. Baca

Filem Mann

Image
Petang nie aku nak layan filem MANN, sebuah filem romantik sedih dan lagu-lagunya amat menarik sekali.... AKU SUKA Ending citer nie dulu-dulu aku tengok sedih sangat, boleh layan..... (sediakan tissue yea...) Filem MANN antara filem era 90an yang the best... "Apa hidup ini mengatakan.....(antara dialog lagu)" Antara lagu-lagu filem MANN :- i) Chaha Hai Tujhko ii) Kali Nagin Ke Jaisi iii) Kahena Hai Tumse iv) Khusiyan Aur Gham v) Kyon Chupate Ho vi) Mera Mann vii) Nasha Yeh Pyar Ka viii) Tinak Tin Tana ix) Tumhare Bagair Jeena Kya Read more at http://ww.smashits.com/mann/songs-1183.html#SirVMpKlfEgw46QE.99 Time layan citer nie laks anak aku meroyan nak tonton cd citer ......apa entah... (tapi tak boleh lawan taukekan...) Pelakon utama : Amir Khan & Manisha Koirala

Parcel

Image
Yesszzzaaa....barang yang aku order dah sampai menggunakan POSLAJU... (hari ini pos, besok sampai) " Untuk apa kegunaan barang nie...? Biarlah rahsia...jawapannya uollss boleh tanya cik google kegunaan kolagen rumpai laut dan sabun madu ekstrak emas tulen" Nanti bila dah berkesan aku akan citerkan kat uollsss yea....

REMY ISHAK DAN KEKASIH BARU....?

Image
Kalau sudah bergerak solo, memang setiap gerak geri menjadi perhatian para peminat — lebih lebih lagi jika timbul gambar meragukan sebegini. Nama pun selebriti ‘kan? Menerusi mStar Online , seorang peminat mengirimkan sekeping gambar Remy Ishak bersama seorang wanita yang tidak dapat di’kenalpasti identiti sebenar beliau. Namun Remy Ishak pantas menafikan wanita itu sebagai kekasih beliau sebaliknya menganggap beliau mungkin peminat fanatik yang sekadar bergambar bersama. “Wanita itu mungkin peminat atau rakan saya dan dia bukanlah kekasih sekiranya ada yang mengandaikannya begitu, kerana saya masih lagi solo,” ujar Remy Ishak baru baru ini. Remy Ishak sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan Maya Karin selepas sah berpisah dengan Tiz Zaqyah tetapi beliau menegaskan yang dirinya sehingga hari ini masih solo. “Sekarang ini memang saya tidak mahu bercerita mengenai hal peribadi dan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan,” tambah Remy Ishak lagi. Sumbe