Wednesday, January 23, 2013

KENAPA KITA TAK BOLEH AMBIL GAMBAR DI DALAM KAWASAN KEM TENTERA

Semasa saya menghantar anak lelaki di KEM RASAH SEREMBAN tahun lepas, parents dibenarkan masuk ke dalam kawasan kem. Tetapi semasa latihan pemilihan akhir tahun lepas jugak di kem PUSASDA parents tidak dibenarkan masuk hanya duduk di luar pagar kem sahaja.
Apalagi  apabila diberi peluang untuk masuk ke dalam kawasan kem saya pun click ler gambar di dalam kawasan Kem Rasah.. (kat padang kawad & depan jer...)
Tapi semasa saya click gambar di luar KEM RASAH..MP (militiary police) nampak dan  melarang saya mengambil gambar walaupun di luar pagar kem.... (kak tolong jangan ambil gambar di sini...tolong delete yea...macam sedih jer arahannya..)
Ini merupakan arahan yang perlu kita patuhi.....
Tapi kenapa kita tidak boleh mengambil gambar di kawasan kem tentera nie....???
Semasa latihan di PUSASDA selama 6 bulan, rekrut tidak dibenarkan membawa apa saja alat komunikasi macam handphone @ camera....(tentu ada sebabnya)....




p/s : A.S.K.A.R maknanya Azab Seksa Kau akan Rasa.