PERSINGGAHAN BERSEJARAH
Lebih 300 burung bangau jenis 'Asian Open Bill' yang jarang dilihat di negara ini dikesan berhijrah ke sawah padi di Batang Tiga, Melaka sejak seminggu lalu.
Selain itu, 3 spesies helang dikatakan membuat persinggahan sulung di tapak sama, baru-baru ini, iaitu jenis Steppe, Imperial dan Greater Spotted.
Sebelum ini semua haiwan itu tidak pernah membuat persinggahan di selatan tanah air kerana hanya berada di Thailand, India dan beberapa negara Eropah.
Koordinator Burung Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Melaka/Negeri Sembilan Ang Teck Hin berkata, kehadiran bangau itu disedari pengusaha sawah berkenaan, sejak 9 Januari lalu.
Jumlah bangau semakin bertambah daripada 150 ekor sehingga melebihi 300 ekor di kawasan tersebut.
"Bangau berwarna kelabu dan putih dengan sayap serta ekornya kehitaman itu kebiasaannya memakan siput perosak pokok padi yang seterusnya memberi manfaat kepada petani" katanya di sini, semalam.
Menurut beliau, haiwan itu memulakan penghijrahan jarak jauh bergantung kepada faktor cuaca dan makanan serta kebiasaannya ditemui dalam kawanan.
Sumber : Harian Metro
Picture : Dari google

Comments
Post a Comment