LAPOR DIRI DI PUSASDA PORT DICKSON

Entry nie terlalu susah aku nak taip kerana entry yang sedih dan bangga kerana anak sulungku lapor diri di PUSASDA di Port Dickson pada 01/01/2013....
Entry yang aku pendam lama untuk aku publishkan bersama kengkawan semua...
Pagi bangun lepas subuh, siap-siap bertolak ke Port Dickson melalui jalan kampung dari Bandar Melaka ke Tanjung Agas ikut tepi laut then sampai di padang kawad PUSASDA pada jam 8.30 pagi.
Ramainya orang yang hantar anak masing-masing untuk menjadi perajurit muda tentera darat.
Yang sihat datang berjalan, yang tua datang bertongkat dan yang sakit datang berwheelchair....
Perajurit muda ini terdiri daripada lelaki dan perempuan, tetapi perempuan tak ramai adalah dalam ratusan jer....
Seramai lebih kurang 2000 orang diambil sebagai Perajurit muda bagi sessi awal tahun 2013.
Kelihatan pegawai bertugas dan krew pengambilan sibuk menyuruh rekrut untuk naik trak bagi lelaki dan land rover bagi wanita.  Ada juga rekrut yang diambil di Terminal One Seremban bagi yang dapat waran perjalanan, kebanyakan dari Malaysia Timur, mereka diambil menaiki bas-bas yang di catar oleh ATM.
Dah berjam-jam aku tunggu kulu kilir dah puas merayau kawasan padang rekrut tapi anak aku belum dipanggil lagi untuk naik trak untuk dibawa masuk kem.  Dalam jam 10.40 am baru lah kelihatan ramai rekrut lelaki dan perempuan dipanggil untuk naik bas yang disediakan.
Sebelum nie hanya 1 trak dan 1 landrover saja yang digunakan untuk mengangkut rekrut-rekrut ke kawasan kem...mana nak sempat, kalau macam nie alamat sampai petang pun tak habis.....
Nasib baik pihak ATM menyediakan bas dan baru ler clear sikit ....
Rekrut lelaki berbaju kemeja putih, berseluar slack hitam dan kasut hitam berkilat (macam orang kerja opis ler...) rekrut wanita pula berbaju kurung biasa.  Kelihatan kaum India berbaju mengikut budaya mereka.
Adegan peluk cium, tangis sedih dan gelak tawa kelihatan di kawasan menunggu bila rekrut-rekrut diangkut menaiki trak.....
Ini yang tak sanggup aku saksikan....sedih siottttt.....
wa tangkap leleh gak....(sebak)...tak boleh cover lagi......
Penggunaan handphone pun dalam beberapa hari saja...
Tarikh angkat sumpah pada 06.01.2013 tiada penggunaan handphone dan handphone terpaksa diserahkan pada pihak kem....
Training selama 6 bulan ....tidak boleh melawat macam dok hostel tu....
hanya akan jumpa bila habis training dan bila terima sijil nanti ....may be pada bulan Julai 2013...
Semoga tercapai impian dan cita-cita anakku.....

Jom tengok picture yang sempat dirakamkan di lokasi PUSASDA PORT DICKSON.....


Rekrut berbaju putih





Masjid RAMD berdekatan dengan padang kawad

rekrut naik bas

sedih tu bila naik bas



pentas utama di depan padang kawad

muka tenson & letih

naik trak

tugu peringatan  tertera nama-nama pewira yang meninggal dunia
sebelum merdeka

sedang sms ler tu...

nie anak aku naik bas

sempat posing lagi....
Tu dia pos pengawal nak masuk ke kawasan kem
rekrut wanita naik landrover
my son
rekrut lelaki naik trak
kereta kebal


p/s : Kalau sanggup dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai....
Kalau sanggup dengan latihan lasak apa lagi jom masuk tentera....






Comments

Popular posts from this blog