Posts

Showing posts from September, 2012

SAMBAL JAWA

Image
Minggu nie aku asyik tefikir bila nak buat sambal goreng jawa. Semalam selepas balik keje aku singgah di pasar mini nak beli belacan, belacan perlu ada untuk buat sambal jawa kalau tak der tak sedap ler rasanya. Inilah caraku.... Bahan-bahannya:- sedikit belacan 3 ulas cili merah 8 ulas cili padi 1 ulas bawang besar ( bawang merah pun boleh ) 1 ulas bawang putih 1 biji tomato (potong semua bahan di atas) @ blender (terpulang ler...) garam, gula, minyak Cara-caranya :- Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menggoreng. Masukkan cili merah,cili padi goreng sehingga garing. Selepas tu masukkan bawang besar, bawang putih dan belacan, goreng lagi sehinnga mesra (sebati ler). Masukkan tomato last sekali masukkan garam dan gula (rasa ikut cara masing-masing) Dah siap.....senangkan.... Sambal jawa enak dimakan dengan nasi panas-panas bersama tempe..pergghhh sodap.....

ULTRAMAN TARO

Image
Tiap-tiap petang sampai jer di rumah mesti dipasang citer ULTRAMAN TARO .... Masukkan dvd...jeng-jeng...start ler lagu ULTRAMAN TARO..si abang suruh adik menyanyi sama lagu intro ni...tak tahu ler konsonan betul ke tak janji ada bunyi he he he... Semalam aku sempat tengok curi sekejap siap upload gambar hero ultraman lagi... Mama, mama,.. kejap lagi keluar si hero Ultraman Taro...tunggu ler kejap,,, (bila nak kuar Ultraman Taro nie, cepat ler nak masak lol...) Laa....banyak Ultraman Taro yang mana satu nie, rupa-rupa nie adik beradik dia ler mama,, kata si abang... Hero raksasa Teringat citer Ultraman Taro dah ada pada zaman aku kecik lagi....

ZELLO

Image
ZELLO merupakan satu penyampaian informasi macam 'walkie-talkie'.... ZELLO satu bentuk komunikasi dengan rakan-rakan anda dan group secara pantas di mana saja... ZELLO digunakan menggunakan rangkaian internet dan PC. Hanya penggunaan handphone Blackberry, android, I-Phone dan yang sewaktu dengannya saja yang boleh uploadkan aplikasi ini. Penggunaan aplikasi ini dapat membuat channel sendiri dan dapat berkomunikasi dengan ahli group. Contohnya :- Berkongsi maklumat melalui group tersebut :- i) STATUS TRAFIK 1MALAYSIA ii) PENYINGKAP FAKTA iii) INFORMASI UTARA SELATAN Perkongsian fakta dalam penggunaan ZELLO haruslah berhemah dan penyampaian yang sopan sebab ramai orang akan menggunakan aplikasi ini. Pilihlah channel yang berhemah dan berinformasi.

ZOOM IN.....

Image
Teknik mengambil gambar yang cantik dengan penggunaan kamera yang sofistikated amat diperlukan bagi menghasilkan zoom in yang natural..... TQ..... ( photographer Encik Nazuan Rooslan di atas izinnya untuk uploadkan picture view yang natural) ....Interested boleh like di FB Nazuan Rooslan

LESEN MEMANDU

Image
Opppsss....siapa tak der lesen memandu cuba angkat tangan....JANGAN angkat kaki ( tapi kalau nak angkat ada aku kisah...) Kalau dah tak der lesen memandu tu cepat-cepat ler pergi kelas memandu...susah sangat ker??? oppss belum cukup umur...? Salah siapa kalau memandu tiada lesen dan di bawah umur lagi... Nak salahkan diri sendiri yang berani mengambil kunci kenderaan (kereta @ motor), salahkan mak bapak yang mengizinkan anak membawa kenderaan @ salahkan pengkuatkuasa (JPJ @ PDRM ) bila kena tahan...hu hu hu.... Abang-abang polis trafik yang hensem..... Bila dah kena tahan dengan JPJ @ PDRM berbudi bahasa ler sikit minta maaf, jangan kurang ajar dengan pengkuatkuasa...ini tidak bebudak zaman sekarang (dapat yang pelajar sekolah) biadap dengan pengkuatkuasa, so kalau kenderaan dah kena sita (tak der lesen memandu) nak salahkan siapa (kesian mak bapak malu dan sedih) ..... Bebudak zaman sekarang berani langgar undang-undang...kalau takut kena tahan jangan ler bu...

PECAH RUMAH

Image
PECAH RUMAH berlaku di rumah emak aku di kampung..... Penyamun yang macam celaka, lahabau, xxxx telah memecah tingkap bilik air dengan menaiki tangga... Tapi ...ALHAMDULILLAH tiada apa barang berharga yang dicuri tetapi ia menyusahkan kerana terpaksa menanggung kerugian di atas kebodohan penyamun nie..... Penyamun nie sempat minum air lagi.... PECAH TINGKAP DI STORE PECAH DI TINGKAP TOILET KEADAAN DI DALAM BILIK Penyamun nie menyembur sejenis bahan kimia bagi menghapuskan kesan cap jari pada tombol pintu dan di tingkap bilik. Pihak polis telah melakukan kesan cap jari pada barang-barang tersebut.... TQ kepada pihak PDRM yang segera melakukan siasatan semoga dapat memberkas penyamun tersebut....

MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Image
Rasa-rasanya berapa ramai kaum Adam yang tak merokok depan family yea.....? Hisap rokok hembus sana sini....persekitaran tercemar dengan asap dan habuk rokok yang bersepah.... Undang-undang di rumah aku dilarang menghisap rokok di dalam rumah dan di dalam kereta...sebabnya aku tak suka, tak suka, tak suka (berapa banyak kali tak suka nie) Agak-agak berapa ramai yang takut dengan imej pada kotak rokok??? jawapannya ada pada diri sendiri,,,,bila dah sakit keluar masuk hospital baru nak bertaubat atau tau buat...!!! Ubat bantuan berhenti merokok Gula getah nikotin: Ia dikunyah dalam selang waktu yang ditentukan. Biasanya individu yang mendapatkan rawatan ini diberikan 10 keping gula getah untuk dikunya dalam sehari. Selain gula getah, pelekat nikotin (nicotine patch) juga boleh digunakan unuk menggantikan gula getah dan ia lebih mudah kerana ia hanya perlu dilekatkan di kulit dan tidak perlu dikunyah. Varenicline: Ini merupakan ubat yang menghasilkan nikotin separa agoni...

SARAPAN APA PAGI NI...EK

Image
Hari ini tekak rasa nak makan kedai ipar aku kat Ujung Pasir, sana nak makan lontong...lontong dia sedap...marvelous...my hubby makan nasi lemak & roti canai (hai..makan banyak,,,sapa bayar nie...hu hu hu ) kita orang minum teh o suam jer.... NASI LEMAK & LONTONG Lokasi nasi lemak & lontong di Ujung pasir Dah selesai makan tokeh dia datang bawa bekalan untuk niaga...(tokeh dia my hubby punya adik ipar) time bayar aku hulur RM 10.00 tapi dia amik RM 5.00 (boleh gitu ek....best..selalu nak gi sini ...he he he ) (My hubby cakap tak kenyang, leh gitu, nak tambah segan kot...wakawaka...) ( makan banyak tapi bayar ciput jer.... ) (picture ehsan dari google, tak sempat nak amik gambar tadi...tq...)

Tempat Pelancongan Menarik Di Port Dickson

Image
Tempat menarik di pantai Port dickson.... Terkenal dengan pelbagai pantainya antara yang popular Teluk Kemang, Pantai Bagan Pinang, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Cermin dan banyak suasana pantai yang menarik untuk dikunjungi........ Pantai Bagan Pinang Pantai Cahaya Pantai Cermin Pantai Teluk Kemang Kemanakah untuk menghabiskan cuti persekolahan ini bersama anak-anak & orang tersayang....? Banyak tempat menarik akan diuploadkan di dalam blog ini.... (tq google for the picture)

saja jer....

Image
Dah terlalu lama rasanya tak upload cerita-ceriti di blog yang sangat disayangi nie....bosan tahap gaban,....atau malas nak mencoret apa-apa ehhhhh.... Nie cerita tempat menarik yang ingin sangat aku nak pergi...ke mana ek??? Tanjung Piai di Pontian....ada apa di sana...entah ler...bila dapat pergi nie....!!! TANJUNG PIAI SUASANA DI TANJUNG PIAI LOKASI KE TANJUNG PIAI (semua picture download dari google) tq...