Posts

Showing posts from October, 2012

Bunyi Apa Tu...?

Image
Zaman sekarang jarang orang guna lesung batu. Secara sahsiah kalau menggunakan lesung batu yang sepatutnya bawah lesung tersebut di alas dengan kain kalau tidak satu bunyi yang menarik akan keluar. Lebih-lebih lagi kalau di rumah pangsa kalau tak di alas, alamatnya orang bawah akan jerit kat orang atas yang tak reti penggunaannya. Begitulah juga aku pun dah terkena, orang sebelah rumah menggunakan lesung batu tapi aku rasa tak di alas kot...kuat bunyinya...kalau dulu-dulu aruah makwo (org melaka panggil utk pangkat nenek) dah lama kena marah sebab tumbuk cili tak beralaskan kain. tumbuk serai tumbuk cili

SUNRISE

Image
Suasana sunrise di kampung semasa pagi hari raya Aidiladha...... Picture ini diambil dalam beberapa second sahaja dan akhirnya matahari naik tinggi... p/s : picture kurang jelas maklum ler menggunakan camera hp blacberry....

Puding Jagung & Agar-agar cantik

Image
Hari Raya Aidiladha sudah berlalu....disebabkan busy & line internet yg tak menentu di kampung menyebabkan aku lambat uploadkan blog nie...Dapat juga buat tiga menu pencuci mulut pada raya hari tu...puding jagung, agar-agar & kek batik coklat. Kek batik tak sempat snap picture...memasing dah tak sabar-sabar nak rasa.... Inilah caraku... Puding Jagung Resepi puding jagung: Bahan-bahan:- * air 400ml * susu cair 1 tin * tepung hoen kwee 1 pek * gula pasir 2 cawan ( ikut rasa ) Cara-caranya: # Masak air bersama gula pasir, bila dah sebati masukkan tepung hoen kwee. # Setelah mendidih masukkan susu cair dan kacau rata. # Masukkan ke dalam acuan yang cantik, disejukkan barulah dimasukkan ke dalam peti ais. Agar-agar nie senang sangat buat tapi kena kreatif untuk dituangkan ke dalam acuannya...resepinya tak perlu ler ek...letak kaler merah, kuning & hijau jer tapi jangan lupa letak gula pasir dan kalau nak menarik letak jer apa-apa optional yan...

SALAM AIDILADHA

Image
Saya ucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakan taulan, di alam maya & di alam realiti ...... Apa yang kita patut korbankan pada kali ini yea....! Pada yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.... akan dikorbankan....

Cara Untuk Mengelak Disihir Atau Disantau Melalui Makanan

Image
DALAM sebutan rumi : ” BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM “ Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan) Antara contoh-contoh sihir yang sering dilakukan adalah seperti menggunakan jin atau syaitan melalui santau atau guna-guna. Selain itu, sihir juga boleh dihantar melalui makanan dan minuman. Sekiranya terdapat bacaan santau yang dihantar melalui makanan tersebut, maka .. bekas makanan tersebut boleh...

PANGGILAN MANJA BAGI SUAMI ISTERI

Image
APA PANGGILAN MANJA BILA SUAMI PANGGIL ISTERI THEN ISTERI PANGGIL SUAMI? "Ada yang panggil sayang, darling, ayah kau, mak kau, papa , mama,ayang, anje dan yang popular panggil abang (biasa jer)..... Macam citer P.Ramlee panggil"mana ayah si......, mana mak si......" Tapi yang belum kahwin apa hal laks panggil ayang, panggil manja-manja gitu...(belum kahwin boleh ler, bila dah kahwin amik kau...semua melayang....) leh gitu ....! APA PANGGILAN MANJA UOLLSS UNTUK SUAMI ISTERI MASING-MASING....? Imej nie tak der kena mengena, tapi ....lawak jer... suami isteri... p/s :tq google for picture...

UMBRELLA

Image
WHAT USE UMBRELLA? PARACHUTE SIMILAR KIOSK UMBRELLA THERE........... In the studio " PEPATAH MELAYU SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN "

BUSY JER...!!!!!

Image
WHY I AM BUSY THIS WEEK? WHAT'S UP MISS...! But I'm not a busy body yeah..... A few days busy because a lot of work need to compelete..(apply license, go to court [later I story],bla, bla....... But I not busy this..... I'm busy this..... I want to tell uoallss Malacca busy this week many event in Malacca among them fishing competition in Pantai Puteri, bicycle event in Ayer Keroh, event in UTEM,.... Tourist many come to Malacca because Malacca a tourism state receive arrival many guests to tour in historical city... Sob, sob,....what I'm busy now....? What do you think?

Rasanya siapakah artis cun yang berani terjun ke dalam laut?

Image
Diana Danielle terjun ke dalam laut. Beraninya dia terjun..... Di manakah lokasi nie ek? p/s : Dipetik dari google....

PETUA MODEN - ELAK PERUT BUNCIT

Image
Petua Moden Untuk Wanita Elak Perut Buncit 1. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan. 2. Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh. 3. Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda. 4. Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan sahaja dapat membakar 350 kalori sejam tetapi juga turut membakar l...

Pusat Pelancongan Di Melaka

Image
Hari ini hari cuti umum bagi Negeri Melaka tapi jatuh pada hari sabtu so tak der yg bestnya (bagi yg tak keje hari sabtu ler).   Negeri Melaka nie kalau hujung minggu atau ada cuti bersambung Jumaat @ Isnin sure jalanraya mesti jammed sangat-sangat, lebih-lebih lagi jalan menghala ke Bandar Hilir. So kena tukar laluan dan jangan berani menghala ke jalan yang jammed. (tak nak menyumpah dalam kereta, maklumler orang Melaka) Bagi orang Melaka macam aku nie dok rumah jer malas nak kuar (cari nahas) . Aku tunggu tram yang akan dijangka siap (tak tahu bila ler, sedang dalam proses lagi) merupakan laluan dari Ayer Keroh ke Bandar Hilir. Ini merupakan projek kerajaan Negeri Melaka bagi mengatasi kesesakan yang sering berlaku di laluan pusat pelancongan. p/s : DATANG LER KE MELAKA BANYAK TEMPAT MENARIK DI SINI....

COOL BLOG YANG YUMMY....

Image
Nie nak citer pasal Cool Blog & budak yg jual cool blog nie. Tengahari semalam sy pergi ler pasaraya Cowboy dekat Cheng tu, tekak nie terasa nak minum Cool Blog. Budak yg amik order nie suaranya mmg tak keluar atau malas nak layan customer yg agak ramai masa tu...terpaksa ler sy ulang beberapa kali apa yg sy nak order..... Lama gak tunggu (tak lama pun saja jer wat gempak, coz tgk muka budak jual cool blog tak manis kelat jer) PERISA COOL BLOG : * Milk Shake Blog, Coffee Blog, Tea Blog, Oreo Blog, Local Dessert Blog,Yoghurt Blog,Smoothies Blog, Italian Soda Blog, Chocolate Blog,DAN Ice Blended Blog. * Ada pearls (biji hitam) yang terasa kekenyalan macam chewing gum pun ada. * Harganya bolehlah tahan,,,berbaloi-baloi..... . (boleh tahan mahal, sesekali boleh ler) # KALAU HARI PANAS TEKAK PULAK KERING DAN RASA GATAL NAK MINUM RASANYA COOL BLOG NIE PALING SESUAI UNTUK BASAHKAN TEKAK TU... # APALAGI BOLEH SERANG COOL BLOG, NOW DAH BERSEPAH KIOS...

Suara Sedap Dan Merdu

Image
Hari nie nak citer pasal suara artis yang lemak merdu (artis lelaki ler) . Suara artis yang paling aku suka suaranya ialah...Zamani Slam, Saleem Iklim dan Ameng Spring. Sekarang nie tengah dengar lagu merdu suara Zamani Slam kat radio...Bagi aku vokal 3 orang penyanyi nie kalau aku dengar boleh tangkap leleh dan lentok (leh gitu) ..... Tentu ada rahsia suara penyanyi kesayanganku ini.... ZAMANI SLAM SALEEM IKLIM AMENG SPRING Vokal penyanyi sekarang kalau dengar tak der rasa feeling.... (ke laut opss...) Tapi sayang ada kisah di sebalik penyanyi nie (AMENG + SALEEM) ,,,.... p/s : picture from google,,...tq

EXAM

Image
Minggu nie minggu exam bagi anak-anakku...Alif Hakimi darjah satu ada exam akhir tahun, 'Keep the number one in your hands '. Setengah tahun dia dapat nombor satu (tak sangka) , tapi nie berkat main sambil belajar yang dia amalkan. Bila di tanya macam mana exam? Mama...kacang jer, senang jer..(biar betul senang sangat ke soalan darjah satu nie) Kalau kita tengok buku-buku darjah satu nie, macam buku belajar masa saya darjah empat dulu (boleh gitu)he he he...So zaman dah berubah, budak sekolah makin pandai, umpama semuanya dihujung jari jer... Kakaknya pulak study di UIAM Petaling Jaya ( Study English Language) pun exam gak this week. Semoga sukses dan do your best... (cita-citanya besar nie, nak further study di UK) semoga dipermudahkan...AMINNNN...

AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES)

Image
1. Apakah AES? * Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. * Usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment). * Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan. * Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia. * Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video). 2. Kenapa Perlu AES? * Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan. * AES adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasa...

SAYS

Image
Says ini memang popular dikalangan blogger dan dalam masa 2 hari aku daftar SAYS nie dashboard aku dah ada duit walaupun sikit, jadi ler.... Rezeki sapa nak bagikan...... Apa itu says?? “Get Rewarded for Sharing” . Says ini ialah salah satu kerja sambilan yang korang boleh buat dengan hanya mengiklankan kempen2 says di wall Facebook ataupun Twitter. Kalau ada blog boleh share juga di blog. Mana-mana pilihan yang mudah dan boleh pilih iklan mana yang korang rasa sesuai untuk dikongsi daripada pilihan tawaran kempen-kempen yang ada. Macam mana nak dapat duit dengan says? Senang je. Mula-mula kena daftar dulu dengan says. 1. Kemudian pilih mana-mana kempen dalam list says. 2. Klik kat kempen tu. 3. Says akan beri satu link untuk dipromosikan. 4. Copy link dan paste link tersebut @ promosi di wall facebook atau tweet di twitter atau boleh juga klik je button share dan tweet yang dah ada kat website says. boleh juga share di group-group yang korang biasa join. Kalau s...

Pra Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei

Image
MSN Sport meninjau persediaan pra perkahwinan wira negara, Datuk Lee Chong Wei, 29 bersama pasangannya, Wong Mew Choo di sebuah lokasi peranginan yang mendamaikan, iaitu Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang Goldcoast. Perkahwinan berkonsepkan taman pantai ini mengabungkan 2 warna sebagai tema utama iaitu merah jambu & putih. 3 hari lalu, Datuk Lee Chong Wei melalui NTV7 memberitahu bahawa perancangan untuk berkahwin ini akan diadakan secepat mungkin sebaik sahaja tamat tempoh berkabung 100 hari kerana menghormati kematian nenek kepada Wong Mew Choo. p/s : Dipetik dari portal oh bulan Pink + Putih = cantik