Susu Jadi Punca Justin Bieber Termuntah Di Pentas

TINDAKAN penyanyi remaja Justin Bieber meneruskan siri jelajah konsertnya di Arizona, Amerika Syarikat pada malam Sabtu (waktu tempatan) lalu dalam keadaan tidak sihat membawa padah yang menyebabkan dia termuntah di atas pentas ketika membuat persembahan. Penyanyi berusia 18 tahun itu membuat persembahan bersempena promosi album terbarunya Believe di Jobing Arena di Glendale, Arizona mengejutkan para peminat apabila dia muntah secara tiba-tiba. Insiden yang dirakamkan itu memaksa Bieber meninggalkan pentas dengan serta-merta. Namun, Bieber sempat bertanya kepada penonton adakah mereka masih menyayanginya walaupun selepas dia muntah di atas pentas. Difahamkan, Bieber enggan mengalah dengan masalah kesihatan itu dan segera meneruskan persembahan selepas menenangkan diri seketika di belakang pentas. Dia lantas berkongsi mengenai insiden itu menerusi kemas kini mesej di Twitter berserta sekeping gambar yang menunjukkan dia berbaring di atas katil. “Ia adalah persembahan yang hebat. Saya bertambah sihat untuk persembahan seterusnya. “Saya sayang anda... dan susu adalah pilihan yang tidak tepat (menyebabkan dia muntah),” katanya dalam mesej tersebut.
Dipetik dari Mstar Online
p/s : Ini mesti kes takut minum susu....

Comments

Popular posts from this blog