Perkara Sunnah Di Bulan Zulhijjah

🔮 INGATAN KASIH 🔮

🔈 Hari ini.... Jumaat 26/9/2014
bermulanya  ZULHIJJAH

Jangan lupa amalkan
sunah-sunah Baginda SAW.


✅ 10 hari awal bulan zulhijjah - Hari yang Allah sangat suka bila ibadah dilakukan pd hari tersebut ..ibadah menjadi berlibat ganda pahalanya pd hari2 tersebut..

✅ Puasa Sunat 9 Zulhijjah -
mengampunkan dosa setahun yang lalu dan dosa setahun yang akan datang...

✅ Melakukan ibadah korban - menginsafi nilai pengorbanan diri utk ALLAH RASULdan ISLAM

✅ Bagi yang sudah niat berkorban, masuk sahaja
1 Zulhijjah jangan potong kuku dan bulu badan ( sapa potong hukumnya makruh) sehinggalah waktu binatang korban disembelih.

📌 Laluilah bulan Zulhijjah dengan penuh persediaan dan keinsafan. Sedar bila datangnya 1 Zulhijjah.. bila tibanya 9 Zulhijjah. Kita sentiasa sedar bila 31 Ogos, bila tarikh lahir, bila tarikh msyrat dan lain- lain. Tapi lalai tarikh-tarikh istimewa dalam islam sedangkan ia untuk keselamatan kita di akhirat sana. Sungguh tidak adil mereka yang lalai.

📌 Hadirkan rasa dalam hati ingin benar memburu pahala dan keredhoaan Allah yang Allah tawarkan di bulan ini. Jangan pandang sebelah mata tawaran Allah hingga hati keras dan liar dengan nilai akhirat. Sebaliknya hati sangat berahi dengan nilai dunia yang sementara.

📌 Jangan bertangguh dan beralasan untuk amalkan sunah Baginda saw. Kita mati bila-bila masa. Apa alasan kita di hadapan Allah jika masih gagal dlm usia yang ada untuk berpuasa 9 Zulhijjah ? Berpuasa sehari sahaja bukan dua hari, bukan 30 hari...

📌 Jika anda ingin semangat melakukan amaan sunah di atas, mohonlah pertolongan Allah. Ramai orang faham tapi gagal beramal kerana Allah tidak mengizinkannya. Jangan lupa ajarkan pada orang lain. Berganda- ganda keuntungan pahala. Inilah MLM Pahala.

Copy paste dari whatsapp

MP:  Selamat Menyambut Bulan Zulhijjah.

Comments

Popular posts from this blog