Cerita PUSASDA


Alhamdulillah......kembali ke udara lagi.....ehh...dah macam rancangan kat radio pulak.....hihi....
Nak story mengenai PUSASDA lagi.....seronok citer benda yang kita tahu daripada kita citer benda yang mengarut. (angkat tangan tanda setuju...)

Bila aku tengok gambar-gambar Perajurit Muda Pengambilan Lelaki 178/15 & Wanita 40/15 seramai lebih kurang 1710 orang terasa beruntung sangat.  Beruntung sangat kerana mereka telah berjaya mentadbir sumpah sebagai Perajurit Muda di dalam dewan berbanding dengan Perajurit Muda yang dahulu terpaksa berpanas di padang kawad. Bersyukur....dan hargailah jasa kerajaan yang telah memberi kemudahan kepada anggota tentera kita.






Kalau nak tahu di dalam gambar ini terselit budak despatch kat opis aku yang telah 8 kali menjalani temuduga untuk pengambilan perajurit muda dan layak ke pemilihan akhir.  Kalau nak cerita pengalaman 8 kali ini memang kelakar, pelik dan banyak pengalaman,  Kiranya dia dah tahap otai dalam temuduga kerana dia tahu step temuduga nie macam mana.....hihi

Citer pertama semasa pergi temuduga, macam biasa ler ada ujian bertulis, di suruh berlari keliling padang dia berlari di bawah 12 minit.  Tapi dia gagal semasa pemeriksaan kesihatan di RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera).  Doktor tentera tu cakap BMI (Body, Mass, Index) (18-26.9) dia gagal sebab ketinggiaannya tak setara dengan berat.  Untuk pengetahuan syarat minima ukuran berat ialah 47.5kg, tinggi ialah 1.62m dan ukuran dada biasa ialah 76sm dan ukuran dada kembang ialah 81sm.  Ukuran dada hanya untuk lelaki sahaja.

Doktor tu cakap beratnya tidak cukup berat dan tidak setara dengan tinggi.  Budak despatch nie memang tinggi dalam 1.70 ++ tetapi beratnya tak cukup untuk BMI.  Untuk pengetahuan sebelum layak ke pemilihan akhir bakal perajurit akan ditimbang berat badan dan diukur ketinggian.  Maka gagal ler dia untuk layak ke PUSASDA. Hanya pasrah jer....

Citer kedua semasa temuduga ke pemilihan akhir doktor tentera sekali lagi mengatakan paru-parunya tak setara dan ujian x-ray dia gagal.  Pelikkan....sebab kad x-ray dia tidak menunjukkan masalah paru-paru.  Tapi dia betah jugak dengan doktor tu....Mungkin rezeki dia takde lagi untuk kali ini.

Citer ketiga pula sekali lagi semasa temuduga ke pemilihan akhir doktor tentera tu cakap kakinya bengkok tak lurus.....hihi....nie memang lawak bila aku dengar....Lagi ler dia angin dengan doktor tu.  Untuk pengetahuan tapak kaki itik memang gagal dalam ujian kesihatan. Tetapi tapak kakinya normal.  Dah beberapa kali dia jumpa doktor yang sama semasa ujian kesihatan itu.  Orang kata belum ada rezeki lagi......

Banyak lagi citer kegagalan semasa pemilihan akhir yang diceritakan kepada aku.  Tetapi ini pengalamannya....semangatnya tinggi untuk masuk dan layak ke PUSASDA.






Last sekali semasa bulan Mei 2015 yang lepas semasa temuduga pemilihan akhir untuk kesekian kalinya dia lalui dengan citer yang menarik dan katanya semoga ini yang terakhir dan lepas nie kalau tak terpilih juga ia akan cari alternatif lain dengan memasuki badan beruniform seperti PDRM.  Memang minatnya dalam badan beruniform amat tinggi.

Semasa pemilihan akhir tu ramai anggota tentera yang terlibat dah mengenalinya. Di dalam ujian halangan begitu senang sekali dia harungi.  Begitu juga semasa ujian masa berlari pantas....kalau nak tahu ia berlari di bawah 12 minit.  Sampaikan seorang koperal yang bertugas dah cam mukanya dan kata "kau lari ler suka hati ko jer kan, sebab dia berlari pantas tinggalkan yang lain"...hihi.....

Tetapi ada citer menarik semasa pemeriksaan kesihatan nie, doktor tentera yang sama sekali lagi memeriksanya.   Asyik muka ko jer kan....setelah doktor tu belek kad ujian x-ray dan memeriksa kesihatannya.....doktor tu cakap semangat awak tinggi saya bagi lulus jer ler....kalau nak ikutkan memang takde cacat cela semasa pemeriksaan kesihatannya.  Suka dan gembira sangat bila doktor cakap macam tu.  Kalau uolls nak tahu sebelum ke pemilihan akhir ini dia telah menjalani latihan dan kuatkan staminanya.  Dia selalu berjoging, mendaki beberapa gunung antaranya Gunung Ledang, Gunung Angsi dan sebagainya.  Dia juga telah menjalani latihan mengangkat berat di gym dan berat badannya meningkat dan sesuai dengan BMI yang diperlukan....orang kata dah macam body 'abang sado'.  

Perlu diingat pemeriksaan kesihatan oleh doktor amat penting kepada setiap bakal perajurit muda.  Ini kerana semasa latihan daripada badan yang sihat segar bugar akan menjadi kurus kering selama 6 bulan menjalani latihan di PUSASDA nanti.  Jikalau mata rabun, gigi berlubang lebih 3 batang (kalau tak silap), kesihatan yang kurang baik sememangnya tidak layak.  Kalau kesihatan tidak baik bagaimana nak berada di barisan hadapan untuk bertempur? 

Untuk pengetahuan, kelayakan untuk menjalani latihan sebagai Perajurit Muda di PUSASDA sila klik sini.

Berbalik kepada citer tadi....Akhirnya dia berjaya terpilih menjalani latihan Perajurit Muda dan melapor diri di PUSASDA pada 06 Jun 2015 yang lepas.  Kalau dah rezeki tak ke mana, semangat dan iltizam yang tinggi pada diri sendiri perlu ada dan gagal pertama kali bukan bermakna gagal untuk selamanya.  Tahniah untuk adik despatch kat opis aku ini....kalau ia baca story nie...kira halal ler yea.....hihihi......

Info : 
Tan Sri, Puan Sri, Dato', Datin, Tuan dan Puan sekalian dijemput hadir ke Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Siri 177/15 dan Wanita 39/15 seperti berikut:
Tempat: Padang Kawad Utama PUSASDA.
Tarikh: 12 Sep 2015 (Sabtu)
Masa: 0700am - 1200pm.
*Mohon hadir awal bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan perjalanan acara.

kredit picture : PUSASDA


MP : dengarnya perajurit muda yang menjalani latihan sekarang telah diberikan kad telefon bagi menghubungi family mengikut waktu yang ditetapkan.....beruntungnya......

Comments

Popular posts from this blog