ILMU HUTAN


gambar hutan hujan tropis
GAMBAR DARI GOOGLE
ILMU HUTAN


Pengalaman masuk hutan, berkawan dengan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yang memang askar, banyak benda yang saya belajar..iaitu,
1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan di waktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda-benda bercahaya warna hijau..ala-ala benda yang pendarcahaya. Benda yang bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni di waktu malam, insya-Allah..tak langgar pokok.
2. Ular tedung. Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah-acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur pelan-pelan. - belajar dr orang asli.
3. Kera / lutong dan spesis yang sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting) - belajar dari askar.
4. Harimau. Kalau mancing dalam hutan, sedang dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dari orang asli.
5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren), kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dari orang asli.
6. Kepala air. Kalau khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok-pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dengan kaki pancing.
7. Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih-buih putih kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih-buih halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah sikit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dari biasa, dari kejauhan dah dengar..
8. Nak masak air. Jangan ambil air kat tepi sungai, ambil kat tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yang tengah-tengah. - belajar dengan askar.
9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya  i.e harimau, gajah, badak, seladang dll.  Kalau dari jauh dengar bunyi kera dll buat bising, tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dengan orang asli.
10. Makan makanan yang dimasak i.e ikan bakar dll.  Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. - ni belajar dengan kaki pancing lain.
11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang.  Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dari pengalaman.
12. Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa-apa yang tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan buka khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yang spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau....so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.
2. Ketinggian dari paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurangkurangnya  4 kaki dari aras air sungai, kalau landai, jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok-pokok rendah dan renek macam pokok senduduk dll....  Itu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yang pokoknya besar-besar.
3. Tentukan laluan / denai didalam radius.  Kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah di dalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak nanti kang seladang tumpang tidur.
4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok-pokok renek (potong je pokok-pokok kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok-pokok, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.
5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.
6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap @ berhadapan dengan unggun api kat tengah.
7. Dalam nyalaan unggun api tu, standby dengan beberapa batang kayu panjang. Kalau boleh, sesuai dengan jumlah orang yang pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yang ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..
8. Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot-kot binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambing dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...

Ilmu hutan ini aku share sebagai informasi bagi yang suka berkhemah di dalam hutan dan melakukan apa jua aktiviti.

Kredit: Harry Lord

Comments

Popular posts from this blog