Assalammualaikum dan selamat pagi.....

WANG ringgit, pangkat, kedudukan, harta benda dan cahaya mata yang cemerlang bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan.

Bahagia itu tidak bersandar pada kebendaan semata-mata, apa guna semua kemewahan sekiranya hati tidak tenang? Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan.

Lumrah kehidupan masa kini membuatkan semakin ramai manusia lebih mementingkan kebendaan, memandang kemewahan berbanding ketenangan, memilih untuk diri disanjungi walaupun hakikatnya jauh di sudut hati tidak ada sedikit pun rasa tenang dan bahagia.

Semuanya hanya berpura-pura, demi mendapatkan kemewahan dunia ramai yang sanggup mengorbankan kebahagiaan diri dan insan sekeliling. Bekerja siang dan malam, masa hanya dihabiskan dengan memenuhi tuntutan dunia, kebajikan diri dan keluarga terabai hinggakan ada yang menyatakan hidup ini hanya untuk mengumpul harta benda.

Sukmawati Haron

#JDIdenaihati #JDIsystem #JDIacademy #kelas7pagi #botolbiruTF #sayadigital #fyp #online #onlineshopping #fypシ #kamisempoi

Comments

Popular posts from this blog