Friday, August 23, 2013

Kolestrol Jahat Dalam Kuih Raya

sumber : google
Sebenarnya, ramai yang tak tahu Kuih Raya antara makanan yang
tinggi kolesterol. Betul ke? Banyak Kuih-kuih Raya yang dihasilkan
menggunakan Marjerin, sejenis minyak tepu yang dihasilkan dari
tumbuhan. Makin tepu minyak tu makin enak lah rasanya. Marjerin
inilah yang membuatkan kuih raya rasa sedap, berlemak dan berikan
tekstur kuih yang menarik.

Minyak inilah yang bakal menjadi Kolesterol Jahat (LDL) dalam badan
kita. Makin tinggi LDL dalam darah makin tinggi risiko terjadi
pelbagai penyakit.

Uolls pernah buat pemeriksaan Paras Kolesterol dalam
darah?


Biasanya, Paras Kolesterol Tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda.
Jadi, kita susah nak buat keputusan bila nak berjumpa doktor untuk
periksa paras kolesterol. Ramai yang disahkan menghidap Penyakit
Jantung, Darah Tinggi ataupun Kencing Manis baru mereka sedar 

Paras Kolesterol mereka tinggi. Pada masa itu, mungkin sudah hampir terlambat.

Kolesterol Tinggi merupakan Gerbang kepada penyakit kardiovaskular(jantung dan darah tinggi). Jalan terbaik untuk mencegah atau
kurangkan risiko dari kita mendapat penyakit ni kemudian hari
adalah dengan mengawal Paras Kolesterol kita bermula hari ni.


=============================
Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi
=============================


Antara tanda Paras Kolesterol tinggi adalah munculnya Xanthelasma.
Apa tu? Boleh search imej di Google macam mana rupa
"xanthelasma" iaitu deposit lemak di atas kelopak mata.

Mengikut Kajian Tapak Tangan pula. Warna kemerah-merahan di
bahagian hujung jari telapak tangan kita menunjukkan Paras
Kolesterol yang tinggi di dalam darah.


Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu
mengekalkan kesihatan yang baik dan hindarkan dari
penyakit-penyakit yang bahaya.


sumber : halalsciense
MP : Setiap pagi minum quaker oats bagi mengurangkan paras kolestrol.......