Hargai Jasa Pasukan Keselamatan
Musa Aman (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anggota tentera Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja di Kem Sri Kinabatangan, Sandakan, Sabah, kelmarin.
SANDAKAN 4 Ogos - Pengorbanan pasukan keselamatan mempertaruh nyawa demi menjaga keselamatan dan mempertahan kedaulatan negara amat tinggi nilainya dan terlalu sukar dibalas.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri amat menghargai keikhlasan, ketabahan dan keyakinan tinggi anggota yang terpaksa meninggalkan keluarga tersayang bagi menjaga perbatasan negara terutama semasa musim perayaan termasuk Aidilfitri.
"Hari ini kerajaan negeri beri sedikit sumbangan kepada anggota. Kami akui jumlah ini hanya sedikit dan tidak mampu membayar segala komitmen dan dedikasi yang diberikan anda semua kepada negeri dan negara.
"Namun, jadikan ini sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan penghargaan kerajaan negeri kepada pasukan keselamatan di negeri ini," katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan kepada warga Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) Kem Sri Kinabatangan, di sini semalam.
Yang turut hadir, Panglima Briged Kelima Infantri, Brigedier Jeneral Datuk Ranjit Singh Ramday; Pegawai Memerintah 22 RAMD, Leftenan Kolonel Asri Shukor; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Zakaria Edris serta Ahli Parlimen libaran, Datuk Juslie Ajirol.
Selain menyampaikan sumbangan kepada warga 22 RAMD dan penyampaian anugerah cemerlang kepada murid sekolah di kem tentera itu, Musa turut mengumumkan pembinaan sebuah gelanggang futsal di kem tersebut.
Tambah Musa, tragedi berdarah Lahad Datu khususnya telah membuka mata seluruh rakyat Malaysia terhadap pengorbanan pasukan keselamatan sehingga mewujudkan kesedaran luar biasa dalam kalangan rakyat terhadap peranan yang dilakukan pahlawan negara itu.
Sumber
MP : Semoga anggota tentera kita terus bersemangat dalam menjalankan kewajipan, bagaimana situasi di sana yea....(my son bertugas di 22 RAMD Kem Sri Kinabatangan...)
Comments
Post a Comment