Ujian Kendiri Covid-19 Semasa Daftar Kolej
Sebelum anak balik ke asrama di KVMT pihak Kolej telah memberi borang kebenaran Ibu Bapa untuk melaksanakan Ujian Kendiri Covid-19 nanti. Kit ujian ini ditanggung oleh pihak Kolej.
Di hari pendaftaran tempoh hari Ujian Kendiri telah dibuat di dewan Kolej, sekiranya negatif ibu bapa disarankan untuk membawa anak pulang dan seterusnya ke Klinik Kesihatan. Alhamdulillah Ujian Kendiri tersebut negatif dan anak dibenarkan masuk ke asrama.
Saya telah membekalkan supplemen Botol biru TF sebagai langkah pencegahan dan perlindungan. Ramai pakar perubatan mencadangkan supplemen sebagai salah satu langkah pencegahan dan antaranya mengikut nasihat Prof Dr Hapipah Mohd Ali.
Walaupun kerajaan dah menyatakan ke arah endemik tetapi sebenarnya COVID-19 ini masih belum tamat lagi. Sebagai langkah berjaga-jaga kita mesti mengawal diri sendiri dan berhati-hati di luar sana.
Comments
Post a Comment