SIAPA ITU ADNAN ?
1. Adnan adalah nama yang tak asing lagi bagi warga tempatan yang terlibat dan berminat dalam bidang pertahanan, sama ada anggota uniform dan tidak.
2. ACV-300 diberikan nama Adnan bersempena nama Allahyarham Leftenan Adnan yang terkorban dalam pertempuran menentang penaklukan Tentera Imperial Jepun ketika Perang Dunia Ke-2 di Singapura.
3. Kali ini, admin akan kupaskan sedikit mengenai kereta perisai yang menjadi antara tunjang utama dalam sistem pertahanan kita. Sebelum admin meneruskan artikel ini, admin nak tekankan bahawa Adnan adalah sebuah kereta perisai berantai dan bukannya kereta kebal. Admin harapkan fans sekalian rujuk semula pada pos yang lalu jika timbul kekeliruan. Link pos tersebut akan admin siarkan pada ruangan komen.
ACV-300 dan ACV-S (berdasarkan designasi pada laman rasmi DEFTECH)
4. Kereta perisai berantai ini dibangunkan oleh firma pertahanan Turki FNSS, yang boleh berperanan sebagai IFV (Kenderaan Tempur Infantri) dan juga APC (Kenderaan Pengangkut Anggota Berperisai). Rekaan kenderaan ini adalah berdasarkan AAIFV (Advance American Infantry Fighting Vehicle).
5. American Advanced Infantry Fighting Vehicle adalah pembangunan atau permodenan kenderaan tempur berperisai yang berdasarkan chassis APC M113A1.
6. Turki, Malaysia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Filipina adalah pengguna ACV-300. Namun begitu, Jordan turut menggunakan ACV-300 dalam angkatan tentera mereka.
7. ACV-300 boleh direka bentuk mengikut kesesuaian pengguna dan turut dilengkapi dengan 'fire port' bagi membolehkan infantri melakukan tembakan dari dalam kenderaan.
8. ACV-S adalah variant yang 'stretched'; yang lebih panjang dan lebar dari ACV-300. Terdahulu ACV-S turut dikenali sebagai ACV-NG (ACV New Generation - Generasi Baru). ACV-S adalah versi yang ditambah upaya dari segi armor, kuasa tembakan, muatan serta bilangan personnel. ACV-S turut dibezakan dengan bilangan tayar pada rantai iaitu sebanyak 6 roda manakala ACV-300 pula 5.
9. Firma KBP di Rusia turut memuatkan turet BMP-3 pada ACV-S dan sistem ini dipanggil ACV-SW. Turet ini dilengkapi meriam semi-auto 100mm yang menggunakan HE-FRAG dan pelancar misil pemusnah armor 9M117.
10. Kedua-dua model ini lebih sesuai dengan permukaan bumi Malaysia di samping mudah untuk diatur gerak secara pantas dalam sesuatu konflik. Pada masa yang sama, ACV-300 dan ACV 300s berupaya untuk dioperasikan secara amfibia.
Adnan
11. ACV-300 Adnan adalah hasil dari kerjasama antara firma FNSS dan DRB-Hicom Defence Technologies (Deftech).
12. Kenderaan tempur Adnan ini diliengkapi sistem navigasi KVH TacNav yang terdiri daripada, sistem amaran laser LWD Avimo, pelancar grenad 76mm Wegmann , sistem penapisan NBC (Nuclear, Biological, Chemical) and ANVVS-2 night vision.
13. Adnan kita mempunyai pelbagai peranan dan variant seperti:
- dilengkapi M2 Browning MG dalam 'one-man' turet
- turet Sharpshooter yang dibangunkan oleh FNSS dan BAE Systems, yang dilengkapi dengan 25mm M242 Bushmaster chain gun
- kenderaan ambulan
- command vehicle (kenderaan perintah)
- kenderaan semboyan yang dilengkapi sistem komunikasi tambahan
- pelancar grenad Mk 19
- dilengkapi sistem tembakan bantuan mortar 81mm
- dilengkapi sistem misil pemusnah kereta kebal berpandu Baktar Shikan buatan Pakistan.
- kenderaan jurugegas dan kembalik
- dilengkapi sistem tembakan bantuan mortar 120mm (ACV-S)
MP : Sumber dari Facebook...
oooooo....nice sharing..sy pn baru tahu
ReplyDeletefollow here
baru tahu,,,, adnan yg perkasa......
ReplyDelete