TENTERA DARAT - SIRI 1



Sempena hari Tentera Darat Malaysia yang ke 80 tahun pada 1 Mac, aku nak share  pasukan dalam Tentera Darat Malaysia.


                                    

 
Gambar sekitar rehearsal perarakan Tentera Darat di PUSASDA Port Dickson
Briged
Briged adalah satu formasi tempur di dalam Tentera Darat Malaysia dan biasanya mempunyai kekuatan 3 batalion ataupun rejimen. Kadangkala bilangan battalion diubah menjadi empat battalion ataupun dua battalion mengikut keperluan taktikal.Sesuatu Briged akan mempunyai elemen bantuan seperti 1 x bateri artileri, 1 x skuadron semboyan, 1 x kompeni polis tentera, 1 x platun risik, 1 x skuadron askar jurutera, dan 1 x Detasmen Bantuan Ringan Kor Jurutera Letrik Dan Jentera.Briged biasanya diketuai oleh seorang Brigedier Jeneral, tetapi kadangkala diberikan perintah kepada Kolonel. Briged boleh beroperasi secara sendirian sebagai Briged Bebas tetapi lazimnya menjadi unit di dalam sesebuah Divisyen.

Jenis briged
Terdapat 3 jenis briged dalam Tentera Darat Malaysia iaitu :.

Briged Infantri
Briged Infantri mempunyai 3 batalion infantri dan tidak mempunyai perisai dalam senarai kelengkapannya. Anggota briged infantri bergerak sama ada menggunakan lori tentera ataupun secara berjalan kaki.

Briged Mekanis
Anggota briged mekanis bergerak di medan pertempuran menggunakan kenderaan infantri berperisai seperti ACV300 Adnan, KIFV dan Condor. Kenderaan berperisai akan membawa anggota briged mekanis di medan pertempur di mana anggota briged akan keluar daripada kenderaan berperisai mereka untuk bertempur. Kenderaan berperisai mereka akan seterusnya digunakan sebagai elemen bantuan dengan menggunakan mesingan ataupun meriam kecil.

Briged Para
Briged Para terdiri daripada 3 batalion tentera infantri yang dilatih untuk menggunakn payung terjun untuk memasuki medan pertempuran. Selepas mencecah tanah, mereka menjadi pasukan infantry biasa. Disebabkan mereka dibawa ke medan tempur dengan pesawat udara, kelengkapan mereka hanya meliputi kelengkapan ringan. Dengan ini batalion para boleh digerakkan dengan cepat dari markas ke medan tempur. Dengan demikian, briged Para digunakan sebagai unit utama dalam Pasukan Atur Cepat(PAC) Tentera Darat Malaysia.

Briged Perisai
Satu jenis briged yang mungkin ditubuhkan oleh Tentera Darat Malaysia ialah Briged Perisai yang mempunyai elemen tempur terdiri dari rejimen perisai dan batalion mekanis. Biasanya briged perisai mempunyai dua rejimen kereta kebal MBT dan satu batalion askar mekanis. Ketika ini, Tentera Darat Malaysia masih belum mempunyai briged perisai.

Divisyen
Sebuah divisyen mengandungi antara 10,000 and 30,000 askar. Biasanya terdiri daripada beberapa rejimen atau briged. Beberapa divisyen akan membentuk pula kor. Dalam terma ketenteraan moden, sesebuah divisyen biasanya adalah sebuah unit bersenata gabungan yang paling kecil, berkemampuan beroperasi sendiri disebabkan sifat mampu operasinya dengan gabungan trup tempur dan sokongan pasukan tempur yang bersesuaian

Batalion

Batalion adalah satu pasukan tentera yang mempunyai dua hingga enam kompeni. Biasanya batalion diperintah oleh seorang Leftenan Kolonel. Batalion mempunyai kekuatan anggota lebih kurang 720 anggota, meskipun begitu bilangan anggota boleh berubah mengikut peranan dan kelengkapan unit tersebut.

Kegunaan Di Dalam Tentera Darat Malaysia
Di dalam Tentera Darat Malaysia, batalion hanya digunakan untuk panggilan unit-unit di dalam pasukan-pasukan infantri seperti Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Rejimen Renjer DiRaja. Pasukan di dalam Kor Kesihatan DiRaja juga dipanggil batalion. Pasukan kor Risik DiRaja juga dipecahkan kepada batalion. Pasukan bersaiz batalion seperti Rejimen Semboyan DiRaja, Rejimen Artilleri DiRaja, Kor Armor DiRaja, Kor Polis Tentera DiRaja, Rejimen Askar Jurutera DiRaja, dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja dipanggil sebagai Rejimen dan bukannya batalion.Dalam kegunaan di Malaysia, pasukan Pasukan Gerakan Am Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga dikumpulkan di dalam batalion.

Nombor Turutan Batalion
Batalion diberikan nombor turutan di dalam rejimennya, umpamanya Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Batalion Pertama Rejimen Renjer DiRaja. Biasanya panggilan diringkaskan dengan menggugurkan perkataan "Rejimen" dan "DiRaja" dan ringkasan menjadi "1 Melayu", "2 Renjer", "8 Renjer", "17 Melayu" ataupun "3 Bn PGA".

Organisasi
Batalion boleh beroperasi secara bebas, tetapi biasanya bertempur sebagai sebuah unit di dalam unit tempur yang lebih besar seperti briged. Satu batalion infantri mempunyai 3 kompeni askar infantri dan 1 Kompeni Bantuan serta 1 Kompeni Markas. Kompeni dipanggil mengikut abjad fonetik seperti “Alpha”, “Bravo”, “Charlie”, “Delta” dan “HQ Kompeni”. Kompeni Bantuan mempunyai kelengkapan mesingan berat, penangkis armor, pasukan tinjau, penembak tepat dan platun mortar.Setiap satu Rejimen Armor pula mempunyai kekuatan 3 skuadron armor, 1 skuadron markas dan 1 skuadron bantuan. Rejimen Artileri mempunyai 3 bateri dengan 1 skuadron markas.

Di dalam batalion ataupun rejimen, struktur pemerintahan adalah seperti berikut :
Pegawai Pemerintah (CO) - :Leftenan Kolonel
Penolong Pegawai Pemerintah (2 I/C) - Mejar
Adjutan - Kapten
Kuartermaster - Kapten
Pemerintah Kompeni - Mejar ataupun Kapten
Pemerintah Platun - Leftenan ataupun Leftenan Muda
Pegawai Risik Rejimen atau Batalion - Leftenan atau Kapten
Pegawai Semboyan Rejimen atau Batalion - Leftenan atau Kapten
Sarjan mejar Rejimen (RSM)- Pegawai Waran I
Kuartermaster Sarjan - Pegawai Waran II

Rejimen
Sebuah rejimen berbeza saiznya bergantung kepada negra dan cabang perkhidmatan. Secara sejarah, pada abad ke 17 dan 18, saiz sebuah rejimen adalah lebih kurang memiliki seribu anggota dan diperintah oleh seorang kolonel. Pada hari ini, unit yg dipanggil rejimen boleh memiliki kekuatan : 
• Kurang dari sebuah batalion
• Satu batalion 
• Sejumlah batalion atau sama dengannya
• Keseluruhan cabang perkhidmatan. Di beberapa negara Komanwel, sebuah kor artileri biasa dipanggil rejimen dan dipecahkan kepada sub rejimen 

Dalam sistem rejimen, setiap rejimen bertanggungjawab untuk merekrut, melatih dan mengurus anggotanya. Dalam sistem Kontinental, divisyen adalah unit bertindak. Komandernya adalah pemerintah setiap aspek formasinya. Anggotanya sendiri akan melatih dan mengurus pegawai dan anggota lainnya serta komander lain unit kecil divisyen tersebut. Secara amnya, semua divisyen akan disatukan markas pusat atau garisonnya, oleh itu, pd peringkat pemerintahan divisyen, pegawai memrintah batalion hanyalah seorang lagi pegawai dalam struktur pentadbiran. Anggota dan pegawai boleh ditukar antara divisyen bila-bila masa. 
Dalam sistem rejimen, anggota dan pegawai biasanya ditugaskan ke unit taktikal rejimen tersebut setiap kali ditugaskan ke tugasan lapangan. Selain unit kombat, terdapat beberapa lagi organisasi dalam sesebuah rejimen. Antaranya adalah sekolah latihan yang berfungsi sebagai lapangan kerja tambahan bagi anggota, persatuan rejimen (untuk pesara), band dan juga pasukan kadet. Berkaitan. Antara aspek yg terdapat pada rejimen termasuklah Kolonel Kehormat yang mengawal selia dan menjaga tardisi dan kepentingan sesebuah rejimen, penghormatan perang ( yg diberikan kpd seluruh rejimen walaupun diperoleh oleh sesuatu unit), uniform istiadat, lencana topi, insignia unik, stable belts,dan lagu serta kawad rejimen. Biasanya rejimen memiliki garison bersejarah yang turut memiliki muzium rejimen dan markas rejimen. (contoh: Rejimen Gerakhas)

MP : Sumber dari Facebook
        Picture dari Panggilan Pertiwi

Comments

Popular posts from this blog