Arip Juara Kilauan Emas Musim Ke 4

Arip Juara Kilauan Emas Musim Ke 4
Akhirnya Arip peserta favourite aku menepati ramalan apabila ia menang dalam Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4 (KE4) semalam.  Beliau membawa pulang wang tunai 
RM 100,000, sebuah kereta Toyota Camry, trofi dan pakej percutian ke Bali.

Arip @ nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din yang berasal dari Raub, Pahang turut menerima Anugerah Khas Juri iaitu wang tunai bernilai RM 10,000.  Beliau berjaya menambat hati juri dengan persembahannya yang jujur dan bersahaja. Bak kata Ziana Zain suara beliau memang dicari-cari dan jarang kedapatan pada masa sekarang.  


Photo: Tahniah! Naib Juara #KilauanEmas4 dimenangi oleh #ZAIN . Konsert Mega Akhir #KilauanEmas4 #OtaiMasihBerbisa
Zain

Tempat kedua dimenangi oleh  Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli dan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.


Photo: Anugerah Khas Juri dimenangi oleh #ARIP. #KilauanEmas4 #OtaiMasihBerbisa
Arip Menang Anugerah Khas Juri

Photo: Tahniah kepada pemenang tempat ketiga iaitu #BEN. Konsert Mega Akhir #KilauanEmas4 #OtaiMasihBerbisa
Ben

Manakala tempat ketiga jatuh kepada Ben atau Benasil Kudong, beliau menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah kereta MYVI, sebuah trofi dan pakej percutian ke Bandung.

Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Juri profesional terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad memberikan undian 70 peratus manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar dimana mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu menyanyi secara Solo, Medley dan Duet bersama penyanyi berpengalaman.

Kak Engku sebagai pengacara

Persembahan istimewa malam tadi daripada Ella, Datuk M.Nasir, Jamal Mirdad, Mamat Khalid dan Datuk Hattan serta Adam.

Arip menyanyikan lagu 'Di Pintu Mahligai' , nyanyian secara medley dengan lagu 'Aku Tak Bisa dan Hakikat Sebuah Cinta'. Arip juga berduet dengan Jaclyn Victor melalui lagi 'Ceritera Cinta'.

Ben berduet dengan Alyah dengan lagu 'Hati Ini Telah Dilukai', 'Sketsa Sebuah Cinta' dan lagu medley, 'Baiduriku & I Don't Want To Talk About It'.

Zain menyanyikan lagu 'Cinta Satu & Salam Terakhir' dan berduet dengan Ramlah Ram melalui lagu 'Susah Senang Kita Bersama' dan lagu 'Rajuk' yang pernah dipopularkan oleh Rahmat.

Walau apa pun kesemuanya finalist memang hebat dan terbaik menyampaikan lagu mereka malam tadi.  Ben walau pun dia sakit tetapi tetap memberikan persembahan yang baik dan terus berjuang.  Rezeki berpihak pada Arip yang menjadi juara Konsert Mega Akhir Kilauan Emas Musim Ke 4 dan kesemuanya mendapat hadiah kereta.

Tahniah buat Arip, Zain & Ben.........

OTAI MASIH BERBISA


kredit : sumber & sumber

MP : Tamat sudah Kilauan Emas Musim Ke 4......

Comments

Popular posts from this blog