Jemputan Kenduri Kahwin Di Musim Cuti Sekolah
untuk tetamu.... dalamnya ada kismis & kurma |
Bila musim cuti sekolah menjelang banyak ler jemputan kenduri kendara yang diterima. Semuanya perlu dihadiri. Tak pergi tak boleh, setiap jemputan yang kita terima wajib kita hadiri kecuali kalau kita uzur.
Tadi aku menghadiri jemputan kahwin di Kampung Bachang tak jauh dari Bandar Melaka. Sampainya jer di majlis tersebut dari khemah dan meja makan dihiasi warna hijau dan putih. Memang sangat meriah. Tuan rumah memakai baju warna hijau sebagai pengenalan....senang para tetamu untuk mengenalinya.
Kenyang aku hari ini.....Khemahnya yang luas dan meja makan yang banyak memudahkan para tetamu. Lauk pauk yang dihidangkan pun sedap bangat. Ada cendol lagi....untuk kanak-kanak disediakan jajan dari gula-gula, mashmallow, coklat sehingga ler chokie-chokie, penuh kiri kanan tangan nak pegang.....hihi... Pihak tuan rumah pula menyediakan pelbagai jenis air dari air jagung, asam masin, mata kucing, ice-cream soda dan banyak lagi...Aku tengok banyak bekas-bekas berisi air yang pelbagai warna. Dalam pada itu ada juga disediakan air mineral bagi yang tak minum air manis.
Memang meriah sangat, walaupun hujan turun renyai-renyai tapi para tetamu tidak putus-putus datang. Minggu depan pulak ada lagi jemputan kahwin. Kali ini ke rumah sepupu aku anaknya kahwin pada hari ahad depan. Hari sabtu pula anak buah aku bertunang dengan orang Jerantut Pahang tapi aku tak pergi....huhu...
Macam mana plans uolls cuti sekolah nie......?
MP : Di Bandar Melaka ada pesta sungai...perahu berhias.....kalau time cuti sekolah laluan ke Bandar Melaka tersangat ler jammed....naik basikal lagi senang.....
Comments
Post a Comment