Pengisytiharan Puasa 1435H Pada 29 Jun 2014 (Ahad)


Baru sebentar tadi pengumuman pengisytiharan bermulanya puasa pada 1435H bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 29 Jun 2014 dan ia diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Yang Berbahagia Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Ini bermakna anak bulan telah kelihatan di lokasi yang ditetapkan dan Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Teringat aku masa kecik-kecik dulu, saat-saat ini ler yang ditunggu-tunggu, pada masa dulu mana ada sosial media macam facebook, twitter dan sebagainya.  Hanya tv @ radio jer menjadi informasi pada masa tu.  Lagi pun pada masa tu tarikh puasa @ tarikh hari raya bukan mengikut hukum rukyah seperti sekarang. Masa tu memang suspen ler tunggu pengumuman.

Pernah sekali tu tarikh hari raya lewat sehari dari jangkaan, dapat pulak persiapan hari raya telah dibuat....apalagi besoknya kena ler puasa sehari lagi dan berbuka ler dengan lemang, ketupat dan rendang yang telah dibuat.....huhuhu.....

Uolls ingat tak pengalaman ini....bagi seusia dengan aku mungkin ada yang ingat .....


MP : Last day nak berpuasa ada makan besar bersama family....tak sabar rasanya.......

Comments

Popular posts from this blog