Makan Besar Sebelum Menyambut Ramadhan

muka kenyang dan puas hati...

Hari sabtu sebelum Ramadhan kita orang family adik beradik aku pergi makan besar di Alor Gajah.  Nama kedainya Restoran Sri Kelemak.  Lokasi kedai ini terletak betul-betul di hadapan Balai Bomba ALor Gajah.

Adik aku telah order ikan siakap stim limau, udang dan sotong goreng tepung, sayur kailan ikan masin, tomyam campur, kerabu sotong, daging masak merah dan air tembikai 5 jug. Semua set makanan di order 5 set. Aku dan hubby order air laicikang.

dah selesai makan
Tapi semasa makan hari tu ada yang tak cukup korum.  Anak bujang aku yang bertugas di Sabah tak dapat balik, anak kak long aku dan suaminya pun sama tak dapat balik juga. May be anak aku akan balik dua minggu sebelum hari raya itu pun tengok kebenaran dari pegawainya.  Maklum ler bila dah masuk army nie time puasa dan hari raya ler dorang akan mengadakan operasi dan bertugas di perbatasan.....



Ikan siakap stim limau
Kalau nak makan tomyam sedap kita kena cari orang Thailand masak, kat kedai ini memang orang dari Pattani yang masak dan terasa kesedapannya.



antara menu menarik



Serius aku cakap hidangan yang disediakan memang sedap bangat dan habis kita kerjakan malam tu....kikiki...Tapi bil adik aku yang 3 orang tu bayar kot.....dorang belanja....


Layan ler gambar-gambar yang sempat kita orang rakamkan yea....


                                                      barisan makanan yang terhidang

meja makan panjang nie kita orang punya

MP :  Selamat berbuka puasa dan menyambut Ramadhan......

Comments

Popular posts from this blog