Giant - Bestnya Shopping
Barangan Produk Kao bernilai Rm15 |
Rasanya dah berbulan aku shopping kat Giant. Setiap minggu aku akan shopping barang basah dan kering di Giant.
Tetapi tentu uolls nak tahu kenapa aku shopping di Giant. Pertamanya sudah tentu harga barang yang murah, berbaloi dan berpatutan.
Kedua...kemudahan yang disediakan. Iaitu suasananya yang tak sesak dan selesa. Parkingnya berbumbung dan selamat. Troli yang disediakan baik dan tak rosak. Juga disediakan bakul dan troli kecil untuk kanak-kanak.
Ketiga...Kita juga tak perlu berebut-rebut untuk mendapatkan barang basah yang tertera perkataan 'offer'. Berbanding dengan shopping yang lagi satu tu.....pilih letak dan pilih letak...berebut nak pilih-pilih udang.
Barang khas untuk perempuan.... |
Keempat kerana minggu ini kalau belanja dalam Rm 50 ke atas dapat barang-barang dari produk Kao yang bernilai Rm 15 macam dalam gambar nie...kat shopping mall lain mungkin ada mungkin tidak....ada pengguna yang tak tahu kalau dapat benda-benda free nie...
Kelima aku suka beli roti di Giant kerana offer yang diberikan memang menarik. Ada roti beli 2 keping dalam Rm 1.00 dan ada roti beli 3 keping dalam Rm 2.00. Lagi satu rotinya fresh dan sedap. Kalau tak sedap aku cakap tidak....
Keenam dekorasi barangan yang disusun amat menarik dan luas. Mudah kita mencari barang yang mahu. Susun aturnya tak serabut dan anak-anak aku suka.
Cukup ler setakat enam jer yang boleh aku senaraikan. Kalau ada yang menarik nanti aku akan story lagi. Sesungguhnya ini bukan promo Giant tetapi ia berdasarkan pengalaman. Tetapi kalau ada yang tak baik sure aku story yang benar. Lepas ini kalau Giant nak lantik aku sebagai duta...dialu-alukan....hihi
Pengalaman ini aku shopping di Giant Bachang Melaka. Tempat lain aku kurang pasti pulak. Tetapi kalau ia tak menyenangkan aku akan beritahu dan sudah pasti pihak Giant akan memperbaiki kelemahan mereka bagi menarik pelanggan.
MP: Sebagai pengguna kita harus bijak memilih dan tahu kita sebagai pengguna.....
Comments
Post a Comment