Tragedi Oktober - Tayar Pancit

tayar baru

Semalam memang berlaku satu kejadian yang tak diingini semasa on the way masuk office lepas lunch.  Apa yang orang panggil Tragedi Oktober dah macam tajuk lagu.....apa taknya tayar kereta depan sebelah kiri pancit habis bukan pancit sikit tapi kemek tiada angin.
Takde ler aku nak ambil gambar tayar yang pancit tu. Time tu aku kena kat bulatan traffic light Jalan Malim Jaya yang beribu kereta lalu setiap hari, dapat pulak kena time tengahari....aku yang vogue nie takkan macam photographer nak ambil gambar tayar pancit...yea tak....

Aku dah rasa stereng kereta nie bergegar lain macam, nasib baik masa tu kereta aku berhenti sebab traffic light merah.  Bila traffic mula hijau time tu ler stereng kereta nie bergegar kuat.....tarik nafas jangan panik....tekan button SOS.  Tapi sebelum tu bagi signal untuk ke kiri dulu....ggggrrrrr.....Button SOS tu aku call my husband ler....cit cat sekejap tanya lokasi kat mana....hampir 10 minit dia datang bawa budak kedai tayar yang biasa aku service tayar tu.....

Pakai ler tayar spare yang kecik macam tayar sotong nie...kelakar pulak dah, gesekan tayar sotong nie dengan jalan raya memang kuat.  Nasib baik kedai tayar tu tak jauh.  Lokasi aku kena nie memang banyak kedai tayar....so tak perlu kalut.  Dapat pulak driver perempuan yang kena maka ramai yang tolong nanti.  Tak percaya?  Cuba ler......hihi...


budak rambut perang tu yang tukar tayar kereta aku

Sampai di kedai tayar tu aku dapati tayar yang pancit nie bukannya kena paku ke apa...tak tahu ler kenapa ia pancit.  Jodoh tak panjang tayar nie..... Terpaksa aku dapatkan tayar baru yang second hand tapi baik punya. Harganya dalam RM 80.  Cer tengok gambar tayar baru tu....kilat lagi, bunganya pun baik....yang penting kualitinya...Uolls kena tahu tengok tayar yang penting tahun dibuat.  Kalau nak ikutkan aku tak perlu tukar tayar baru tetapi gesekan tayar nie dah makan dalam sebab time tayar nie pancit aku telah running sejauh 100 meter untuk berhenti di tepi jalan.  Ye ler tayar nie pancit di bulatan traffic light takkan kereta aku nak stop di tengah-tengah jalan macam peragawati.....?  Tolong tepi sikit....parkir kat tepi jalan.....

Kebetulan time tu hanya kereta aku jer yang ada di situ dan dorang hadapkan ramai-ramai. So cepat ler sikit time nak tukar tayar dan buat balancing sekali.  Tayar di belakang kena twist letak depan supaya stabil.  Tayar baru pulak letak di belakang sebelah kiri. Kalau dah drive kereta nie kena tahu keadaan tayar dan kalau stering tak stabil atau bergegar haruslah kita buat alignment tayar.


tayar sebelah kiri nie ler yang pancit tapi gambar tak sempat ambil

Dekat sejam jugak kejadian tayar pancit nie, nasib baik aku call office dulu...takde kelam kelibut dorang kat office nanti cari aku.....hehe....

Kosnya kalau kita panggil servis luar kena caj RM 15, beli tayar secondhand RM 80 dan balancing tayar RM 20.  Semuanya RM 115.00......

Nasib baik time tayar nie pancit aku tak drive laju....kalau tak....ke laut ler nampaknya.....


MP :  harus ada duit spare @ duit lebihan bila kereta nie buat hal.....lepas nie nak tukar absorber pulak....dah rasa tak sedap drive....budget...oh budget....

Comments

Popular posts from this blog