Santai Di Hujung Minggu
sambal daging |
Di hari minggu ini banyak acara menarik yang berlangsung di Negeri Melaka.
Bermula dari hari jumaat malam berlangsung Super Spontan Final di MITC....sambutannya cukup meriah. Tapi aku tak pergi pun....
gulai udang dengan nenas |
Semalam dan hari ini ada Jom Heboh TV3 di perkarangan Stadium Hang Jebat Melaka. Citer jom heboh ini memang tragis. Sebab aku plan nak pergi tapi laluan ke lokasi dari lebuh AMJ naik ke lebuh SAS jammed tersangat teruk.
Begitu banyak kenderaan yang parkir di kiri kanan lebuh di tepi Stadium Hang Jebat. So macam mana nak pergi sana....? Parkir kereta pun susah. Dapat pulak cuaca yang panas berdengkang pada hari sabtu semalam dan hari ini.....so dok rumah ler. Dengar malam ini ada wayang pacak di sana. Sepatutnya lokasi yang sesuai di perkarangan MITC atau Stadium Hang Tuah sebab banyak laluan untuk ke sana, parkir kereta pun senang.
Hari ini aku masak udang gulai nenas dan sambal daging juga tempe goreng. Layannn....
Ingat petang nie nak buat kek biskut coklat.....rajin dengan tak jer nie....
MP: cuaca panas berdengkang di Melaka....minum air kosong lebih....
Comments
Post a Comment