Ambil Darah Di Klinik Kesihatan


Pagi tadi aku ke Klinik Kesihatan Tengkera, sepatutnya ke Pusat Kesihatan Peringgit tetapi ia agak jauh sedikit. Walaupun slip tersebut dari doktor berlainan klinik tetapi ia boleh digunakan di klinik yang lain, mengikut kesesuaian dan pastinya di klinik kerajaan. Untuk mengambil ujian darah kita perlu berpuasa dari jam 12 tengah malam dan ujian dilakukan pada waktu pagi.

Aku sampai pada jam 7.45 pagi, kelihatan ramai orang dah memenuhi ruang menunggu. Tetapi jika nak ambil darah hanya letak slip di kotak yang disediakan dan tunggu nama dipanggil. Bayaran yang dikenakan hanya RM 1.00 sahaja.


Setelah menunggu beberapa minit nama aku dipanggil. Nombor akan diberi untuk mengambil darah. Aku menunggu di ruang yang disediakan. Sepatutnya bilik mengambil darah ditutup bagi memberi keselesaan pada orang ramai.  Aku merasa tidak selesa sebab ramai yang menunggu di pintu masuk bilik.  Setelah nombor anda terbit baru ler boleh memasuki bilik berkenaan. Proses ini tidak lama. 

Lagi 2 minggu baru keputusan darah tersebut diketahui.  Mulai sekarang aku kena menjaga pola pemakanan dan lakukan senaman. Aku harap result darah sempurna dan tidak membimbangkan.  Ujian darah ini  akan periksa beberapa jenis penyakit. Kalau ujian darah di klinik swasta cajnya agak tinggi. Result darahnya pula akan diketahui tidak sampai seminggu. Bila umur dah meningkat ini pelbagai penyakit yang datang. Mencegah lebih baik dari mengubati.

MP: Gunakan kemudahan yang ada.....

Comments

Popular posts from this blog