Kita Sarapan Dulu - Stress


Semalaman hujan turun dari pagi, stop tengahari sekejap then petang sehingga lewat malam hujan masih lagi turun.  Nak tidur pun tak perlu on  kipas.  Suhu dingin......

Lepas maghrib semalam aku ke Poliklinik Komuniti Peringgit untuk ambil ubat sakit badan. Belakang badan nie dah 3 hari sakit.  Bila doktor check tekanan darah didapati tekanan darah aku naik 158/98....tinggi rasanya...stress ........

Pagi isnin nanti aku kena check darah dan beberapa ujian darah perlu dilakukan antaranya GBS/RBS, BUSE, CREATININE, FSLP dan LFT.  Umur yang sebegini doktor takut kandungan kolestrol aku tinggi.  Tetapi so far aku tiada penyakit darah tinggi dan diabetes.

Mulai sekarang aku control cara pola pemakanan.... apa-apa makanan yang berkaitan dengan darah tinggi, diabetes dan kolestrol perlu dielakkan. Kurangkan makanan berminyak, bergula, kurangkan pengambilan garam dan kolestrol dalam makanan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan.  Lakukan senaman berkala...ia merupakan aktiviti yang dah lama aku tak lakukan..... Kalau difikirkan memang aku stress.......Tapi aku kena atasi stress secara berkesan....dan tolong jangan buat aku stress.......


Layan nasi lemak dan teh tarik yang piaw nie.....buih teh tarik nie memang superb....hahaha....
Nanti aku kena puasa tengah malam isnin nie....nak check darahkan.......aduhai......


MP :  beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.......

Comments

Popular posts from this blog