PUSASDA Tempat Lahirnya Pahlawan - Siri 2

KLIK SINI
Sambungan dari entry sini.......

Selepas 10 cari dicop, rekrut akan mula menjalani latihan ketenteraan.

Latihan dari segi fizikal dan rohani.  Mula-mula aku nak sentuh dari segi rohani.  Rekrut-rekrut akan disuntik jiwanya.  Ada ceramah-ceramah agama, tazkirah dan sebagainya untuk rekrut yang beragama islam.  Bagi yang bukan islam ada jadual yang disediakan mengikut agama masing-masing.

Dari segi fizikal pula pelbagai latihan akan diberikan.  Bermula dari awal pagi selepas mengemas katil masing-masing, mandi dan sarapan, skot-skot perlu membuat PT pagi. Untuk pengetahuan uolls PT dalam tentera bermaksud senaman (itu yang aku faham ler....banyak short word yang digunakan....dan yang berkhidmat dengan ATM lebih faham).

Latihan fizikal yang dikenakan selain PT ialah jumping jack @ lompat bintang (tentu uolls tahu macam mana jumping jack nie....cuba buat sekarang....hihi....). Pumping, commando rest, side roll, forward roll dan banyak lagi.  Perlu diingatkan sekiranya kita ada melakukan kesalahan skot-skot akan dikenakan denda.  Contohnya jurulatih akan memeriksa bilik kita sekiranya cadar katil kita tidak berkemas dalam masa yang ditetapkan maka denda pumping akan dikenakan dalam kiraan 10x....20x...50x....@ mengikut jurulatih masing-masing....hihi.... (jangan gerun lak...ini dinamakan disiplin)


facebook

Skot-skot akan dibahagikan mengikut kompeni masing-masing. Ada banyak kompeni antaranya Kompeni Alpha, Kompeni Bravo, Kompeni Charlie, Kompeni Delta, Kompeni Echo, Kompeni Foxtrot, Kompeni Golf, Kompeni Hotel, Kompeni India, Kompeni Juliet dan mungkin ada lagi kompeni lain..... (sehingga artikel ini ditaip).  Kompeni Juliet untuk skot wanita.

Semasa latihan skot-skot dibahagikan kepada beberapa platun.  Perlu diingatkan semangat berpasukan dan setiakawan dalam menjalani latihan amat tinggi dan padu.  Kalau ada di antara skot yang melakukan kesalahan maka pasukan platun berkenaan akan dikenakan denda.  Setakat commando rest, forward roll dan jumping jack itu menjadi biasa dalam latihan.

Apalagi yang diceritakan......kalau tak masuk tentera kita mungkin tak tahu betapa padunya latihan dengan semangat disiplin yang tinggi diterapkan kepada skot-skot.  Para jurulatih yang melatih sememangnya begitu komited dalam merealisasikan apa yang dijadualkan mengikut skop tertentu.  Setakat cedera semasa latihan menjadi biasa dan kita sebagai penjaga atau ibu bapa tak perlu risau kerana di PUSASDA ada RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera) disediakan dan tidak jauh dari kem pun ada Hospital Port Dickson.

Apa yang penting aspek kebersihan dan disiplin perlu diterapkan agar kesihatan terjaga.  Teringat semasa anak aku menjalani latihan pada tahun 2013 yang lalu, semasa latihan berkawad untuk tamat latihan semua skot dikehendaki memakai mask @ topeng muka akibat jerebu yang teruk pada masa itu.  Nasib baik bacaan jerebu semakin turun di hari tamat latihan.

Lastly sekali selepas tamat latihan skot-skot akan dihantar ke unit masing-masing samada ke RAMD, RAJD, RRD, KAD, RSD, KPA dan banyak unit lagi. Serata negeri skot-skot baru akan dihantar untuk bertugas.....terpulang di mana unit-unit tersebut.

Perlu diingatkan elaun dan gaji yang kita dapat selama 6 bulan latihan itu perlu disimpan....jangan nak enjoy sangat....sebabnya semasa kita ditugaskan ke unit masing-masing banyak wang nak digunakan.  Segala-galanya perlukan wang.  Latihan dan kursus dalam 2 tahun pertama selepas tamat latihan memang agak banyak.  Masuk tahun berikutnya pun ada latihan juga, tapi untuk skot-skot baru ni ambil pengalaman dan pengetahuan dari orang lama. Bersiap siaga.......(kalau ada masa aku strory pengalaman lapor diri ke unit)......

Sebagai ibu bapa beri ler galakan dan dorongan kepada anak-anak kita untuk join tentera.  Pelbagai kemudahan dan tanggagaji yang menarik telah diberikan oleh pihak kerajaan.  Jangan anggap orang dahulu masuk tentera untuk serang komunis pada masa itu.  Di era globalisasi ini banyak khidmat anggota tentera diperlukan bagi mengawal sempadan dan perairan negara. Juga khidmat tentera diperlukan semasa kejadian banjir yang lalu. Sebenarnya banyak khidmat anggota tentera yang dicurahkan kepada kita sebagai rakyat Malaysia.

Sehati Sejiwa..........


MP :  Setelah sekian lama baru artikel ini disiapkan walaupun ia sekadar sedikit pengetahuan yang ada......sharing is caring.....
Sekiranya ada fakta yang salah minta dimaafkan...ia berdasarkan pengalaman....

Comments

Popular posts from this blog