Monday, July 8, 2013

Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Di PUSASDA - Siri 1

EKSLUSIF
Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Pengambilan 172/13 Dan Wanita Pengambilan 34/13 Disempurnakan Oleh Panglima Tentera Darat Di Pusat Latihan Asas Tentera Darat Port Dickson Pada
29 Jun 2013 (Sabtu) Bersamaan 20 Sya'aban 1434 Hijrah.
Teruja bangun seawal jam 4 pagi pada tarikh 29 June 2013 yang lalu masih berbekas di hati ini maklum ler nak tengok anak lelaki sulungku telah tamat latihan perajurit muda di PUSASDA.
Bekalan makanan nasi himpit bersama sambal kacang dan sambal tumis aku dah siap masak malam sebelum berangkat ke Port Dickson.  Kita orang bertolak 2 kereta dari Bandar Melaka bersama kawan.  Satu lagi kereta kawan-kawan anak lewat sikit bertolak.  Tepat jam 5.15 pagi kita orang dah menempuh kedinginan pagi...sejuknya dan rasa mengantuk pun ada, tapi aku jadi driver mana boleh lelap...maklum ler my hubby rabun untuk suasana pemanduan gelap begini....
Di dalam perjalanan aku tengok ada kedai makan dah dibuka, dah ada orang sarapan pun.
Kita orang singgah untuk solat subuh di masjid Pasir Panjang Tanjung Agas dalam jam 6.15 pagi.
Usai kita orang kat sana bertembung satu kereta makcik nie dari Muar, tujuannya pun sama nak tengok anak passing out di PUSASDA. ( jumpa yea...)
Tepat jam 7.00 pagi kita orang sampai betul-betul kat simpang masuk PUSASDA, jalan dah ditutup tak boleh masuk parking keter lagi, abang-abang trafik bersama bro MP pun dah arahkan kereta parking jer di luar laluan masuk.
Aku belok dan u-turn park kereta berhampiran dengan kedai makan berdepan dengan Pantai Saujana.


suasana di pintu gerbang
Laluan masuk ke simpang padang kawad dah jammed dengan deretan kereta.  Kelihatan kawasan lapang dipenuhi dengan kenderaan sehingga ke kawasan masjid di PUSASDA.  Ada jugak rombongan dari jauh agaknya bermalam di sana, siap pasang khemah lagi...(nie mesti orang dari pantai timur @ utara).
Abang-abang polis trafik siap buat pengumuman kenderaan tidak dibenarkan parkir di kiri kanan jalan, jikalau engkar akan dikenakan saman. (satu saman Rm 300 kay....)
Memang teruja tengok beribu orang di pinggir padang kawad, lebih teruja lagi bila tengok perajurit muda yang tamat latihan melakukan kawad di tengah-tengah padang kawad.
Bila sampai di kawasan padang kawad kita orang mencari port baik untuk lepak, tapi mana ada port yang baik semua dah penuh.....lebih lima ribu orang yang menyaksikan Majlis Tamat Latihan Perajurit Muda kali ini.
Akhirnya kita orang duduk di atas tebing betul-betul laluan perajurit muda masuk ke padang kawad.



orang ramai telah mengelilingi padang kawad
Ketibaan Panglima Tentera Darat  Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor yang tiba pada jam 9.00 pagi dinantikan dan merasmikan majlis berkenaan.  Masa perajurit muda melakukan perbarisan berjalan lalu dalam masa cepat dan perbarisan mara mengadap mendapat tepukan gemuruh penonton. Aku lebih teruja mendengar perajurit muda menyanyikan lagu Tentera Darat, bersemangat waja......


Kelihatan Panglima Tentera Darat memeriksa perbarisan dengan diiringi pancaragam ATM
Aku jenuh mencari kelibat anak lelakiku tapi tak jumpa, rupa-rupanya laluan masuk perajurit muda adalah di kiri kanan pentas, aku duduk di sebelah kiri, maka tak bersua ler....


happy bila aku ambil gambar dorang....
Tengok perajurit muda nie terasa bangga dan sendu....Begitu tabah dorang mengharungi segala bentuk latihan peperangan yang dihadapinya bagi menempatkan diri selama 6 bulan di PUSASDA.
( nanti aku citer latihan dorang....)
Muka memasing semuanya gelap dan hitam berkilat...( kalau nak putih dok kat dalam  bilik air-cond yea...)
Majlis tamat lebih kurang jam 10 pagi...haiii kejapnya...(maklum ler kali ini tiada Menteri Pertahanan @ yang sewaktu dengannya yang datang) Mengikut kata-kata dari anakku kalau Agong datang kena pakai baju suit putih ( pakaian no. 1 ) pakaian istiadat, tu yang aku hairan kenapa kali ini dorang pakai pakaian celoreng ( pakaian no. 5 ).  Sebelum ini dia diberitahu akan memakai pakaian no. 1.....


menunggu arahan untuk berbaris ke padang kawad


Perajurit muda berjalan masuk ke padang kawad



Panjang story kali ini nanti aku story lagi di siri ke 2.....

MP : Aku ingat gerak awal pagi nak cop tempat parking tapi ada orang siap berkampung di luar kem....hehe