PUSASDA Tempat Lahirnya Pahlawan - Siri 1



Hari ini aku nak story mengenai PUSASDA.  Apa itu PUSASDA ? Mungkin tak semua orang tahu maksudnya.  Tapi bagi yang dekat dengan bidang ketenteraan sure tahu apa itu PUSASDA.  PUSASDA ialah Pusat Latihan Asas Tentera Darat.  Ia terletak di Port Dickson dengan lebih dikenali dengan Bandar Tentera Darat.  Hendak masuk ke sini akan terjumpa pintu gerbang yang tersergam indah dan lantai jalannya yang dicat warna merah.

06.04.2014 (ahad) di PUSASDA akan ada sessi pengambilan dan lapor diri untuk perajurit-perajurit muda untuk siri ini.  TAHNIAH kepada yang terpilih dan yang tidak terpilih jangan putus asa, boleh cuba lagi di siri akan datang.  Malam ini sure suasana di sana meriah sebab kebanyakkan keluarga perajurit muda yang dari utara dan pantai timur telah berkampung sedari awal lagi.  Hotel-hotel di Port Dickson juga penuh sebab di booking dari awal lagi. Maklum ler hendak menghantar anak, suami, adik, abang @ tunang tersayang. Manakala dari sabah dan sarawak mereka akan diberi tiket waran kapal terbang.

PENTING......apa yang perlu dibawa semasa melapor diri di PUSASDA ? Sudah tentu ada list barang yang diberitahu kepada setiap perajurit muda. Antaranya barang keperluan untuk mandian, kasut sukan, t-shirt berkolar, selipar, alat tulis dan sebagainya.  Untuk pengetahuan di dalam kawasan pusat latihan ada kedai Pernama untuk keperluan rekrut nanti.  Tak payah risau untuk membeli barang keperluan. Sebelum tu jangan lupa bawa surat tawaran untuk mengikuti latihan di PUSASDA.  Penting sekali bawa gambar family (parent, isteri dan adik beradik) kerana gambar family merupakan pembakar semangat kita untuk terus ikuti latihan di PUSASDA.

Dilarang sama sekali membawa barangan elektronik seperti radio dan telefon. Sekiranya membawa telefon, ia akan diserahkan kepada incharge yang bertugas, selepas tamat latihan baru ler akan dipulangkan kembali kepada pemilik asal.  Tetapi ada pula yang menyoroknya, sekiranya dijumpa oleh incharge alamat kena kawad pacak ler @ denda.  Berani buat berani tanggung....

Latihan selama 6 bulan nanti memang betul-betul mencabar dari segi fizikal dan rohani. Kuatkan semangat tekadkan iltizam bagi mencapai cita-cita. Tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum 10 jari dicop sebagai rekrut anggota tentera memang betul-betul menguji kesabaran.  Ada rekrut yang tak tahan dan minta berhenti dari mengikuti latihan. Sebelum 10 jari dicop memang ler boleh lepas tapi di mana semangat pertiwi yang ada dalam setiap perajurit muda? Susah-susah ikuti panggilan pertama untuk latihan seterusnya berjaya untuk ke PUSASDA.  Mak bapak mengharap sangat kita berjaya dalam latihan takkan kerana sikit hal yang remeh temeh jiwa dah kosong...?

Mula-mula tinggal di hostel akan didera, jangan tak tahu hanya tidur di atas katil yang beralaskan plywood nasib baik tak tidur di lantai. Selepas seminggu baru rekrut diberi bantal dan tilam.  Bagi rekrut wanita tak payah ler nak bawa teddy bear.  Takde masa nak layan semua tu.  Rekrut akan diuji masa nie...semasa operasi masuk hutan mana ada tilam dan bantal ?  So tahan dengan penuh kesabaran.....

Ini sekadar peringatan, di luar sana begitu ramai anak muda yang hendak ke PUSASDA dengan mengikuti latihan ketenteraan.  Perlu jadi ORANG...

Sambung nanti yea...


Referrers
Hits
http://ping.busuk.org/v/246338/kenangan-di-pusasda-siri-1.html
709

MP :  biar mati bermaruah daripada hidup dijajah....

Comments

  1. Sambunglah lagi... kisah ini boleh jadi bacaan anak-anak muda yang mencari kerjaya... Saya suka

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog