Sunday, April 7, 2013

UNIT GEMPUR MARIN

Atas rasa kapasiti tanggungjawab dan pengetahuan aku kongsikan artikel yang didapat melalui Facebook .  Artikel ini perlu di share kerana di luar sana mungkin kurang berpengetahuan @ kurang memahami tugas-tugas yang mereka jalankan demi menjaga keamanan negara........




Unit Gempur Marin atau UNGERIN adalah nama jolokan yang diberi kepada pasukan elit anti-pengganas polis marin yang terbaru dalam cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi pada akhir tahun 2007. Pasukan anti-pengganas maritim ini berpengkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak bagi menangani keadaan kritikal di Selat Melaka dan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah bagi pengoperasian di Sabah dan Sarawak, khasnya Laut Sulu. Sebahagian anggota terdiri daripada anggota Komando 69 Pasukan Gerakan Khas.

UNGERIN memulakan operasi menjelang akhir tahun 2007, ditubuhkan khusus untuk menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara.

Ditubuhkan pada bulan Mac 2006, dibawah Cawangan Marin PDRM atas keperluan semasa berikutan insiden serangan lanun yang terus berleluasa dari semasa ke semasa sungguhpun pelbagai langkah telah dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Sepanjang tahun 2006, sebanyak 239 kes serangan lanun telah dilaporkan mengikut statistik Biro Maritim Antarabangsa, Kuala Lumpur. Hasil usaha bersepadu oleh Indonesia, Malaysia dan Singapura, kegiatan lanun ini berjaya diselesaikan. Walaupun begitu pihak berkuasa dari 3 negara baik TNI (Tentera Nasional Indonesia), POLRI (Polis Republik Indonesia), PDRM, ATM, APMM, Tentera Singapura mahupun Polis Singapura tidak akan lalai dalam melaksanakan tugasnya menjaga perairan Selat Melaka yang merupakan antara kawasan peraiaran yang paling sibuk di dunia.

Atas keperluan ini, satu doktrin khusus dari PDRM telah membawa kepada penubuhan sebuah unit elit marin dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut. Terdapat 30 orang anggota (berkemungkinan dari pasukan Komando 69 Pasukan Gerakan Khas dihantar ke unit ini), akan dipertingkatkan keanggotaan kepada 100 orang dengan baki 70 anggota diambil secara berperingkat dalam tempoh dua tahun setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dipecahkan kepada 3 detasmen, bagi mengawal perairan Selat Melaka dan Laut Sulu. Unit yang sebelum ini digelar sebagai Unit Selam Tempur ini mendapat latihan asas komando marin daripada Komando 69 PGK dan US Navy SEALs (Amerika Syarikat) melalui siri latihan yang dipanggil Fusion Mint.
Anggota UNGERIN memanjat dinding kapal secara taktikal untuk menggempur musuh.

Dalam fasa pertama, 30 pegawai dan anggota menjalani latihan di Langkawi dan Kota Kinabalu yang dikendalikan 10 jurulatih SEALs AS. Selain latihan asas menyelam, anggota didedahkan kemahiran lasak yang lain, termasuk kaedah pertempuran secara taktikal. Setiap anggota UST juga akan membuat pengkhususan kepakaran sebagai penembak tepat, pemusnah bom dan paramedik, selain melakukan misi mustahil yang tidak mampu dilakukan anggota marin biasa.

Pada tahun 2008, atas keperluan dan perstrukturan semula, nama Unit Selam Tempur telah digantikan dengan nama Unit Gempur Marin atau UNGERIN dan nama unit ini terus kekal sehingga sekarang.


MP : Minat dengan UNGERIN....

Sumber :   FACEBOOK