CALON BN BARU MAMPU BAWA KEMAJUAN



Calon BN Baru Mampu Bawa Kemajuan

.......................................

Salam 1Malaysia,

Seperti semua sedia maklum, dua hari lepas telah berlangsungnya proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pada proses penamaan calon itu, kita dapat lihat kesemua parti politik meletakkan calon-calon mereka untuk bertanding pada PRU13 kali ini sekali gus memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih pentadbir Kerajaan di negara kita. Kehadiran begitu ramai calon yang bertanding pada PRU13 kali ini membuktikan Malaysia sememangnya mengamalkan sistem demokrasi yang adil dan saksama.

Sesuai dengan prinsip transformasi, pada PRU13 ini Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan ramai calon baru yang diyakini mampu berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Calon-calon BN Baru ini adalah pendokong dasar transformasi yang telah kami perkenalkan selama ini. Mereka terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, doktor, jurutera dan lain-lain.

Saya telah terlibat secara peribadi untuk memilih calon-calon BN Baru yang dianggap sebagai berkaliber dan berkelayakkan tinggi sesuai dengan kehendak rakyat selama ini. Pemilihan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana kami di BN perlu mengambil kira pelbagai aspek untuk dipertimbangkan supaya kami dapat memberi pilihan terbaik kepada rakyat.

Dengan gabungan calon BN Baru dengan calon yang berpengalaman ini, saya yakin BN mampu menang pada PRU13 ini sekali gus dapat sekali lagi menabur bakti kepada rakyat di negara ini. Kami sedar, masih banyak lagi yang perlu dilakukan dalam usaha untuk kita merealisasikan impian untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Untuk itu, kini telah tiba masanya untuk anda bertindak demi masa depan Malaysia. Kami faham akan kehendak rakyat, sebab itulah Manifesto atau Aku Janji yang kami perkenalkan semuanya adalah bagi meningkatkan kehidupan rakyat. Dengan pelbagai kejayaan yang telah dikecapi oleh negara kita hari ini, ia membuktikan bahawa Kerajaan BN sentiasa menepati janjinya kepada rakyat.

Untuk mengenali calon BN Baru di kawasan anda dengan lebih dekat lagi, anda boleh melihatnya di blog saya di sini.

Tunjukkan sokongan anda dan dapatkan Kit Tindakan anda hari ini. Juga jangan lupa untuk memuat turun Kit Tindakan Online, dan jadilah antara orang pertama untuk menghiasi laman sosial anda sebagai tanda sokongan anda kepada saya.

Akhir sekali, saya berharap agar anda semua dapat memberi mandat sekali lagi kepada kami. Marilah kita sama-sama jadikan negara kita terus maju di samping rakyat berbilang kaum supaya kita dapat terus hidup dalam suasana aman dan damai.

Najib Razak


MP : Dapat e-mail dari PM kita Datuk Seri Najib Razak....Ada tak uollss dapat e-mail begini.....

Comments

Popular posts from this blog