HARI TERBUKA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA




Pada hari Terbuka ATM di Kem Terendak ahad 07/04/2013 saya telah pergi untuk meninjau acara di sana.  Kenderaan orang awam tidak dibenarkan masuk.  Orang awam dibawa ke dalam tempat pameran menggunakan trak-trak tentera, bas @ van kesihatan Angkatan Tentera Malaysia yang disediakan.

Saya dan family diangkat menggunakan van kesihatan ATM dengan kapasiti muatan penumpang tak lebih dari 12 orang.  (tak sempat nak ambil gambar van ATM)  Tapi saya teruja dengan bas ATM sebab air brush di dinding bas tu tertera gambar kereta kebal dan kelihatan cantik......(tak sempat gak nak ambil gambarnya....)
Tapi saya suka kalau kita orang diangkat menggunakan trak-trak yang begitu banyak disediakan.  Bagi saya dah biasa menaiki trak nie...(arwah ayah seorang tentera, so pengalaman tu ada ler...) Bagi anak saya tentu suka kalau dapat naik trak terasa macam nak gi berjuang lak...hehe
Sebelum masuk ke dalam kawasan kem tentera kita orang diwajibkan memakai tali jam kertas di pergelangan tangan...(macam masuk mandi kat kolam renang wet world tuh..)

tali kertas






Di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia ada disediakan baju mengikut nombor 1, 2 , 3, 4.......Kekemasan dan penggunaan baju ini penting bagi menentukan acara yang patut diikuti dan disiplin kendiri pada tentera.
Contohnya baju untuk berkawad, berperang, makan beradab dengan orang kenamaan, baju Melayu, baju untuk bertugas di luar negara, baju sukan ATM. 










Periuk api anti kereta kebal ini dipasang selepas kereta kebal membuat pengeledahan di dalam kawasan tempur dan untuk memusnahkan kawasan berkenaan.
Periuk api anti personnel ini dipasang untuk memusnahkan dalam kawasan di sekitarnya sahaja bagi menyukarkan pihak musuh melalui kawasan tersebut.
Banyak maklumat terkini dan info-info yang patut kita tahu mengenai Angkatan Tentera Malaysia.


MP :  Tetapi semasa kat Kem Terendak takder acara terjun payung @ persembahan udara....

Comments

Popular posts from this blog