PEMILIHAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
Kepada sesiapa yang telah menghadiri sesi pemilihan awal Perajurit Muda dan terpilih untuk menghadiri sesi pemilihan akhir, anda akan menjalani pemeriksaan kesihatan di RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera) seterusnya menjalani Ujian Kecergasan Asas (UKA). Ujian ini adalah wajib bagi semua peringkat LLP atau pegawai dalam ATM. Kini, hanya 3 jenis ujian sahaja bagi ujian ini. Ujian kecergasan tersebut adalah :-
1. Larian sejauh 2.4 kilometer dalam masa kurang 12 minit.
2. Bangkit tubi (Sit up) sebanyak 50 kali dalam masa 2 minit/Wanita sebanyak 43 kali.
3. Tekan Tubi (Push up) sebanyak 50 kali dalam masa 2 minit/Wanita sebanyak 43 kali.
Jika salah satu daripada UKA ini gagal, maka secara automatik anda gagal dalam sessi pemilihan akhir tersebut.
MP : Sumber : Sel Pemilihan TD
Comments
Post a Comment