Melaka Cuti Hari ini
Surat Pekeliling |
Hari ini cuti bagi Negeri Melaka kerana sambutan Birthday TYT telah dianjak ke hari ini 11 Oktober dari 12 Oktober. Sepatutnya mengikut kalendar 12 Oktober (Sabtu)
tetapi tarikhnya telah ditukar ke 11 Oktober mengikut surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Ceritanya kalau ditukar dari tarikh yang telah ditetapkan mengikut kalendar, maka ramai yang tak tahu. Contohnya macam pagi tadi semasa saya sarapan di sebuah kedai sebelah Pejabat Pos, ada uncle tu tanya Pejabat Pos buka pukul berapa? Bila tauke kedai tu cakap hari ini cuti so Pejabat Pos tak dibuka, bermakna informasi itu tidak diketahui umum terutamanya orang-orang tua yang tinggal di kampung.
Bermula tahun ini dan seterusnya untuk tahun yang akan datang Hari Kelepasan Am Negeri Melaka sempena Hari Jadi TYT Yang DiPertua Negeri Melaka akan disambut setiap Hari Jumaat Minggu Kedua Bulan Oktober.
MP : Letihnya badan hari ini, kepala pula sakit...pagi tadi ambil anak kat UIA PJ....
Comments
Post a Comment