Kisah Dari Negeri Melaka
Source from google |
Pagi ini aku nak terangkan satu perkataan yang kebiasaannya diucapkan oleh orang Melaka. Iaitu perkataan 'Lahabau'. Menurut Ustaz Abdul Halim menerangkan "LAHABAU" adalah daripada perkataan Arab "La Khabar" yang bermaksud Lama Tidak Dengar Khabar.
Perkataan ini telah digunakan oleh pedagang Arab yang berdagang di Melaka sejak era Kesultanan Melaka dan telah menjadi perkataan pinjaman. Sememangnya orang Melaka akan tukaU kan huruf R kepada U maka perkataan La Khabar menjadi 'LAHABAU'. Orang yang tak biasa akan mengatakan bahasa orang Melaka agak kasar tetapi sebenarnya tidak. Sekiranya datang ke Melaka kena faham akan budaya yang pelbagai dan kita tidak sangka kadang-kadang keturunan baba nyonya lebih fasih dan sedap didengar bila berbicara.
Sejak dari zaman Kesultanan Melaka dahulu ramai pedagang-pedagang dari negara Arab, India, China dan sebagainya yang datang berdagang di Melaka. Mereka meninggalkan pelbagai budaya dan cara kehidupan di negeri Melaka. Itu sebab di Negeri Melaka akan terdapat pelbagai kaum minoriti seperti 'baba nyonya' dan 'chetty'.
MP : Salam 'Lahabau' Dari Melaka....
Comments
Post a Comment