Monday, January 27, 2014

Betul Ker Cuaca Sejuk Di Malaysia Akan Berakhir Minggu Ini ?



Rasanya dah hampir sebulan cuaca sejuk dan berangin telah melanda negara kita.  Masa dalam perjalanan menghantar anak di UIA awal bulan hari tu, lalu kat highway memang cuaca berangin.  So tidak boleh memandu terlalu laju sebab ada tempat-tempat laluan highway tertera lambang angin lintang.  Kena ler memandu ikut peraturannya.

Ada baiknya cuaca sejuk nie.  Kalau dulu masa tidur kipas sentiasa dipasang, sekarang tak perlu pasang kipas lagi. Jimatkan.....kalau pasang mesti beku rasanya.  Tidur pula mesti balut kaki dengan stokin (memang tidur pakai stokin dari dulu lagi).  Kain gebar pula mesti tebal. Tahu tak kain gebar?  Kain gebar tu kalau belah sini panggil kain selimut.....

Sekarang di awal pagi kalau memandu ke tempat kerja, air-cond tak perlu dipasang.  Hanya turunkan sikit jer tingkap tu....dah rasa kesejukannya.

Hujan pun dah lama tak turun.  Ada tempat-tempat khususnya di pantai timur suhu jatuh ke 19 darjah celcius.  Ada ke yang beli baju sejuk ?  Tapi rasanya cuaca sebegini masa bercakap belum keluar asap lagi....hahaha....

Dalam keadaan cuaca sekarang ni adalah lebih baik minum air panas bagi memanaskan suhu badan kita.  Kalau rumah yang ada water heater tu masa ini ler nak menggunakan sepenuhnya peralatan elektrik tersebut.  Tapi cara lain nak mandi pagi-pagi tu kena ler jerang air panas.  Kalau tak sempat atau malas, gosok gigi jer dah cukup...sejukkan....!!!

MP : Tapi betul ker cuaca sejuk di Malaysia akan berakhir minggu ini ?