Pukul 2 Pagi Pergi Klinik
sumber : sekadar hiasan |
Kisahnya malam semalam selepas aku makan kuey tiow hong kong terasa perut dan badan sakit-sakit. Perut pulak terasa macam panas dan belakang badan memang sakit sangat.
Memang tak boleh nak lelapkan mata. Ingatkan sakit sikit jer walaupun dah disapu krim Anugerah, belakang badan nie nak kena gosok tapi ia tak lega jugak. Perut dan belakang badan yang sakit ni memang tuhan jer yang tahu betapa macam di hujung nyawa. (tahu tak macam terasa nak mati jer.....) Masa sakit inilah aku fikir macam-macam....entahlah....

Tapi dalam jam 2 pagi aku bergegas ke klinik 24 jam di kawasan berhampiran. Mengikut kata my hubby mesti kena suntik punya. Memang betul doktor telah menyuntik kat lengan aku. Doktor memeriksa di perut dan belakang badan, siap tanya aku makan apa? Takut-takut kena keracunan makanan. Tetapi setelah diberi suntikan terasa lega sangat macam nyawa disambung kembali. Doktor bagi 3 jenis ubat iaitu ubat sakit perut, angin dan gastrik. Caj yang dikenakan hanyalah Rm 50 jer....
Masa aku sampai di klinik tu jam dah pukul 2.30 pagi, pintu masuk memang ditutup kalau nak masuk kena tekang loceng kat luar tu. Maklum ler selepas pukul 12 tengah malam kena safety dan selalunya selepas jam 12 tengah malam mesti klinik caj lebih punya. Kalau emergency sebegini kena ada cash. Memang kadang-kadang perkara ini di luar jangkauan kita.
MP : Alhamdulillah hari ini rasa lega sikit tapi ubat still makan lagi.....
Comments
Post a Comment