Darjah Satu Baru Dapat Buku Teks

Buku teks darjah satu

Genap 2 minggu persekolahan baru my girl yang darjah satu nie dapat buku teks bersama buku kerja. Teringat masa first day hari tu guru besar cakap 2 minggu nie tak belajar, setiap hari murid tahun satu akan ada aktiviti menarik agar mereka suka pergi ke sekolah.
Lepas 2 minggu baru ler start belajar.  Masa tu homework memang banyak, sampaikan cuti semestar pun menimbun homework akan diberi pada murid-murid.  Maklum ler sekolah ini merupakan sekolah berprestasi tinggi tahap 3.....Segala-gala aktiviti yang dijalankan di sekolah memang laju dan pantas.  Dah dapat buku teks cikgu nie pulak tak bagi jadual waktu....kan berat budak sekolah nak bawa semua buku....aduhai.....

Bila dah dapat buku teks ini akan ada aktiviti membalutnya pulak. So aku beli plastik balut buku yang dah ready made...senang jer....tak payah pening-pening kepala nak beli yang tradisional...leceh ler....tapi teringat masa di zaman sekolah dulu, aku balut buku teks dengan kertas minyak, kertas kalendar dan yang paling tragis dengan bungkusan roti tu......sapa pernah balut macam tu cer angkat tangan.....hihi.....

MP : Rasanya buku teks dulu lagi tebal dari buku teks sekarang.....

Comments

Popular posts from this blog