Nasi Kerabu


Semalam akibat kepenatan di mahkamah aku memang tak sempat nak masak.  Memang meletihkan minda dan fizikal.  So petangnya aku ke pasar malam Kg. Lapan di Tengkera, Melaka untuk membeli nasi kerabu, nasi lemak dan kuih muih.  Pasar malam di sini pada setiap hari selasa.

Nasi Kerabu ni memang my favourite, memang dah lama tak rasa.  Tapi rasanya kali ini harganya dah meningkat naik ke RM 4.00 sebungkus berbanding pada tahun lepas.  Tak per ler walaupun mahal sikit tapi rasanya memang sedap...nasinya telah digaul dengan cili padi dan agak pedas, ada setengah telur asin, sehiris daging panggang, setengah ekor ikan, cili hijau ditengahnya dimasukkan kelapa bersama taugeh dan sayuran.  Warna nasinya yang kebiruan memang menarik tapi kali ini aku perasan tak der keropok atau pun keropoknya dah hancur masuk ke perut aku....hihihi....

MP :  Kalau dah penat memang tak sempat nak masak......beli jer ler...

Comments

Popular posts from this blog