Tambang Bas Dah Pun Naik


Semalam aku ke Melaka Sentral untuk membeli tiket bas dari Melaka ke Kuala Lumpur dan perhentian untuk penumpang akan diturunkan ialah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).


Tengok pada tiket berkenaan tertera tambang bas telah dinaikkan menjadi RM 10 untuk perjalanan sehala dari Melaka ke Kuala Lumpur.  Pada tahun lepas tambang bas ialah RM 9.20.  Untuk informasi bas Metro Ekspres merupakan perkhidmatan bas yang memberikan tambang bas yang paling rendah berbanding dengan syarikat bas yang lain seperti Delima Ekspres, Transnasional, KKKL dan sebagainya.

Untuk pengetahuan tambang bas Transnasional dari Melaka ke TBS ialah RM 13.80 untuk dewasa dan kanak-kanak RM 10.80.  Tambang berkenaan dah naik yea untuk tahun 2014 ini.

Aku beli tiket ini untuk anak aku yang akan kembali ke UIA PJ pada hari Ahad nanti.  Kalau beli lambat sure tiket akan habis.  Tak mahu ler naik bas tambahan, perkara ini pernah berlaku tahun lepas di musim perayaan, akibat lewat membeli tiket bas, terpaksa naik bas tambahan yang tambangnya lebih mahal seperti tambang bas biasa.  Aku ingat tiket bas ada lagi, rupa-rupanya dah sold-out...bersesak jugak ler masa tu.


MP :  Dah lama tak naik bas ekspres......

Comments

Popular posts from this blog