Apa Itu Mesej Semboyan ?



Tahu tak apa itu 'Mesej Semboyan' ?  Aku pada mulanya pun tak tahu jugak apa Mesej Semboyan.  Tapi anak aku yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerangkan sedikit.  Kita sebagai keluarga ATM perlu tahu apa itu Mesej Semboyan, kerana ia amat penting dalam menghubungkan komunikasi 2 hala.
Mesej Semboyan hanyalah untuk anggota tentera sahaja dan ia boleh dilakukan di Kem Tentera yang berdekatan dengan kediaman kita.  Contohnya kalau di Melaka hanya di Kem Terendak boleh membuat Mesej Semboyan ini.  

Cara nak buat tu macam mana? Apa tujuan nak buat?  Ok....caranya kita pergi ke Kem Tentera dan terus ke Rejimen Semboyan di Kem Tentera tersebut.  Di Kem Rejimen Semboyan: nama, alamat dan no telefon kita akan diambil. Tujuan mesej berkenaan akan ditanya oleh kerani di Rejimen Semboyan.  Nama anak kita contohnya berkhidmat di Kem mana, No Badan, Nama Penuh dan Alamatnya akan diambil juga. Untuk pengetahuan hanya waris terdekat sahaja yang boleh ada dalam mesej semboyan berkenaan. 

Tujuannya ialah untuk menyampaikan satu mesej kecemasan di antara waris dan ahli keluarga yang berkhidmat di dalam ketenteraan.  Biasanya nadi penghubung ahli keluarga yang bertugas di Malaysia Timur (Sarawak, Sabah dan Labuan) dengan Semenanjung Malaysia atau pun yang bertugas jauh di perbatasan macam di Lubnan dan di sempadan.

Contohnya: aku mempunyai anak seorang anggota tentera yang bertugas di Kem Tentera di Sandakan Sabah, tetapi aku ada emergency kes seperti kes kematian atau kes sakit tenat yang hanya waris terdekat kepada anak aku iaitu hanya ibu dan ayah (waris pertama dan kedua) sahaja yang boleh ada dalam mesej semboyan berkenaan (untuk yang bujang jer, kalau yang dah kahwin seperti kes kecemasan terhadap isteri, ibu dan bapa). Sekiranya datuk, nenek atau adik beradik peluang untuk balik kampung adalah tipis, maksudnya kemungkinan besar untuk balik ke Melaka adalah tidak dibenarkan atau atas budi bicara OC di kem berkenaan.  Tapi sekiranya ada kematian atau emergency kes terhadap ibu dan ayahnya, anak aku boleh balik ke sini. Faham tak? Tak faham jugak.....ok....baca perlahan-lahan dan cuba fahamkan.....


MP : Ini yang aku faham.....
       Pernah lakukan mesej semboyan.....baru aku tahu....

Comments

Popular posts from this blog