Hari Kedua Persekolahan



 Alhamdulillah.....hari kedua persekolahan berjalan dengan lancar hari ini.  Selepas menurunkan anak lelaki di Sekolah Kebangsaan Tengkera(2) aku terus ke laluan utama jalan Tengkera untuk menghantar anak perempuan pula. 


Walaupun jam menunjukkan pukul 7.00 pagi tetapi jalan utama iaitu jalan Tengkera menghala ke sekolah MGS memang banyak kenderaan dan jammed.   Untuk pengetahuan pintu masuk sekolah MGS hanya satu tetapi kat dalamnya ada beberapa sekolah iaitu MGS(1), MGS(2), Sek.Men (MGS), dan ACS(L) itu yang menyebabkan laluan Tengkera memang jammed sangat di awal pagi persekolahan.

Sampai di sekolah aku terus suruh my girl letakkan beg sekolah kat dalam kelas dan menuju ke dewan.  Di dewan kelihatan guru-guru membentangkan tikar untuk membaca surah yassin (setiap jumaat diwajibkan membaca surah yassin). Tepat jam 7.30 pagi semua murid dan guru akan memulakan bacaan surah yassin.  Sebelum itu guru bertugas menyuruh para pelajar membuka kasut dan diletakkan di setiap sudut mengikut kelas agar tidak bercampur dengan pelajar lain.  Selepas aku memastikan my girl mengikuti bacaan surah yassin aku pun beredar dari perkarangan sekolah. 

Selepas ini aku hanya pastikan my girl memasuki kelas yang betul dan selepas puas hati baru ler boleh beredar, maklum ler takut keliru pula.


MP :  Start sekolah kena ler bangun awal pagi siap buat sarapan lagi......

Comments

Popular posts from this blog