Thursday, January 9, 2014

Kisah 50 sen Yang Menyentuh Hati

syiling%2B50%2Bseb Syiling Paling Mahal di Dunia
sumber

Bermulanya musim persekolahan tahun ini pelbagai perkara yang berlaku...ada trending murid tersepit kerusi, ada cerita tak cukup nak bayar yuran sekolah dan banyak cerita yang semuanya sedih.....
Kisah ini kalau nak baca sila sediakan tisu banyak sikit.....memang sedih dan ambil iktibar darinya.....


Kenapa Alif tak rehat? 
Jawab Alif "mak saya beri 50sen sehari cikgu, kat kantin 50sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget sekeping je.  Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok.  Jadi saya dapat la makan nugget dengan air sirap 50sen kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " Alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak.  Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50sen ke sekolah.  Ramai di antara kita memandang 50sen itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50sen sangat besar ertinya.

Saya tanya lagi, "kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?"

"Oh hari jumaat duit 50sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu." jawab Alif dengan bersahaja. "mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.."
Mata saya dah berkaca... saya terkejut dan bertambah sebak.  Dah la duit ada 50sen, siap boleh sedekah pulak lagi..... Ya Allah...., limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini.. luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan..

Huh..., macam terpukul sungguh saya. Bayangkan duit 50sen yang diberi untuk makan, dia sedekahkan 50sen untuk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..

Alif namanya sama dengan nama anak aku.....

sumber

MP :  semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita.....kalau kita susah ada insan lain yang lagi susah...bersedekahlah pada yang memerlukan.....