PU Hafiz Juara Mimbar Pencetus Ummah


Photo: Bersama trofi masing-masing #pencetusummah
Sumber : Sinar FM

Alhamdulillah.....Mimbar Pencetus Ummah Musim Pertama malam tadi dilangsungkan dengan disaksikan oleh ribuan orang di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).
PU Hafiz telah menjadi juara, beliau memilih tajuk Pendakwah: Untung Dunia, Untung Akhirat sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema cinta Rasulullah.
Beliau turut berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh PU Shahrul Hamid @ lebih dikenali sebagai MAMU dengan membawa pulang wang tunai M30,000.  Manakala tempat ketiga dimenangi oleh PU Mohamed Zaini @ Yeop dan keempat PU Rahmat masing-masing membawa RM10,000.

Memang berderai air mata jugak tengok Mimbar Pencetus Ummah malam tadi, kisah Dr. Ridhuan Tee dengan tajuk 'ibu' memang menyentuh jiwa.

Duniaku Dakwahku.... Tahniah kepada #PencetusUmmah Hafiz yang berjaya dinobatkan sebagai JUARA.

MP : Semoga ada Pencetus Ummah di musim akan datang.....

Comments

Popular posts from this blog